awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Changi kendali 60 juta penumpang pada 2017

Bernama
Bernama
18/12/2017
21:48 MYT
Lapangan Terbang Changi kendali 60 juta penumpang pada 2017
Pencapaian itu sebagai membanggakan bagi semua warga kerja lapangan terbang itu yang dibuka pada 1981. - REUTERS/Fail
Changi Airport Group (CAG) melakar satu lagi detik bermakna dalam sejarah penubuhannya apabila mencatat pengendalian 60 juta penumpang pada 2017 iaitu yang pertama tempoh setahun penuh.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Seow Hiang menyifatkan pencapaian itu sebagai membanggakan bagi semua warga kerja lapangan terbang itu yang dibuka pada 1981.
"Ini hasil kegigihan dan dedikasi untuk mengembangkan Changi kepada apa yang telah dicapainya pada masa sekarang.
"Kami mencatat 50 juta penumpang pada 2012 dan dapat meningkatkan aliran kendalian tahunan sebanyak 20 peratus atau 10 juta dalam tempoh lima tahun berikutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, CAG berkata sektor penerbangan akan terus menjadi penyumbang utama ekonomi Singapura berikutan kehadiran lebih 60 juta penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Changi setiap tahun.
Selain menyediakan lebih 160,000 peluang pekerjaan, pintu masuk utama ke Singapura itu turut menyumbang 6.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar republik berkenaan.
Setakat 1 Disember lepas, lebih 100 syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang itu yang disenaraikan sebagai keenam paling sibuk di dunia bagi aliran penumpang antarabangsa pada 2016. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Changi Airport
#ekonomi
#lapangan terbang
#Lee Seow Hiang
#penerbangan
#penumpang
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan