awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Melbourne rancang wujudkan landasan ke-tiga

Bernama
Bernama
20/05/2013
06:18 MYT
Lapangan Terbang Melbourne rancang wujudkan landasan ke-tiga
Lapangan Terbang Melbourne mempunyai perancangan untuk membina landasan ketiga, jalan baharu dan hubungan rel yang akan membantu bandar raya itu menampung peningkatan sekali ganda bilangan penumpang.
Rancangan membina landasan ke-tiga itu, di bahagian selatan landasan sedia ada, dinyatakan di dalam draf pelan induk lapangan terbang itu, yang sedang dipamerkan bagi mendapat ulasan orang ramai.
Australian Associated Press berkata landasan itu akan menyebabkan pertambahan bunyi bising yang akan dialami oleh ribuan penduduk di sekitar Glasdstone Park, Jacana dan Broadmeadows, seperti yang dilihat pada unjuran laman web Lapangan Terbang Melbourne.
Pelan induk itu turut mencadangkan pembinaan jalan bertingkat sekitar lapangan terbang itu, di dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik.
Ketua Eksekutif Lapangan Terbang Melbourne Chris Woodruff berkata lapangan terbang itu perlu bersedia menampung 64 juta penumpang yang akan terbang masuk dan keluar dari Melbourne menjelang 2033, iaitu lebih dua kali angka semasa.
Pelan itu menyokong pembinaan hubungan rel tetapi tidak menjangka pembinaannya akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Orang ramai mempunyai 60 hari untuk mengulas pelan draf itu.
Topic Berkaitan
#Australian Associated Press
#Chris Woodruff
#draf
#ke-tiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan