UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Pembentangan Belanjawan 2019

Belanjawan 2019 akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada 4 petang ini. Apa aspirasi kerajaan Pakatan Harapan?

Astro Awani
Belanjawan 2019 akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada 4 petang ini. - Gambar Astro AWANI

'Kenapa tak guna aset 1MDB untuk bayar hutang?' - Najib

Fri Nov 02 2018

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menggunakan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk melupuskan hutang syarikat kontroversi itu.

Beliau berkata jelas PH hanya menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan 1MDB hingga terlupa aset syarikat kontroversi itu sebenarnya boleh menyelamatkan beban hutang yang dihadapi.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Bon Samurai bantu kurangkan hutang negara - Tun M

Fri Nov 02 2018

Keputusan kerajaan untuk menerima tawaran Jepun bagi penerbitan bon bernilai RM7.4 bilion adalah perlu kerana ia dapat membantu mengurangkan beban hutang yang ditanggung pada masa kini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia berbeza dengan pinjaman yang dilakukan kerajaan terdahulu, kerana mereka hanya mendapat kadar faedah tujuh peratus sedangkan wang yang diterima hanya 90 peratus daripada jumlah yang dipersetujui.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Ucapan penutup Menteri Kewangan

Fri Nov 02 2018

Tun M harap media tegur Belanjawan 2019 jika ada kekhilafan

Fri Nov 02 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pihak media dapat menegur kerajaan sekiranya terdapat sebarang perkara yang kurang jelas berhubung Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pihak kerajaan, bersedia untuk menjawab segala teguran serta membuat penjelasan terhadap media dan rakyat bagi memastikan aspirasi belanjawan itu dapat difahami semua pihak.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Tun M janji wang negara dibelanja dengan hati-hati

Fri Nov 02 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji Belanjawan 2019 akan dilakukan dengan penuh hati-hati agar dana negara tidak dibazirkan, serta memastikan keadaan fiskal negara kembali terkawal.

Beliau berkata, dalam usaha memenuhi aspirasi rakyat, Kerajaan Persekutuan juga perlu sedaya upaya mengawal perbelanjaan agar apa yang dirancang dalam belanjawan itu tidak melebihi pendapatan negara.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Miliki kekayaan luar biasa, LHDN bakal menanti anda

Fri Nov 02 2018

Kerajaan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) akan memantau pemilikan harta luar biasa oleh mana-mana individu di negara ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jika perkara itu wujud LHDN akan meneliti dan menyiasat bagi mengenal pasti sumber kekayaan berkenaan.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Ibu bapa 30,000 pegawai lantikan kontrak dapat kemudahan perubatan

Fri Nov 02 2018

Kemudahan perubatan kepada 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dilanjutkan kepada ibu bapa mereka bagi memastikan golongan itu menikmati kemudahan sama seperti penjawat awam tetap, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata untuk tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun sebagai mengiktiraf peranan serta sumbangan mereka.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Bantuan Sara Hidup untuk rakyat mulai Jan tahun depan

Fri Nov 02 2018

Pembentangan Belanjawan 2019 yang dilakukan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen hari ini turut melibatkan pengumuman tentang Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat.

Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik BSH kepada golongan berpendapatan rendah B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar serta bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam

Fri Nov 02 2018

Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, di Dewan Rakyat hari ini turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Dana perlindungan kesihatan bagi golongan B40

Fri Nov 02 2018

Kerajaan akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam usaha memperkukuh jaringan perlindungan kesihatan golongan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya skim yang akan bermula pada Januari 2019 itu merupakan hasil usaha sama kerajaan dan syarikat insurans swasta.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Pas bulanan tanpa had mulai Januari

Fri Nov 02 2018

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa perbelanjaan pengangkutan merupakan item perbelanjaan yang terbesar selepas perbelanjaan perumahan.

Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

RM1.2 bilion pastikan kemajuan syiar Islam tahun depan

Fri Nov 02 2018

Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion tahun depan berbanding RM1.1 bilion tahun ini bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas berikutan keadaan ekonomi yang mencabar.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, sebagai agama rasmi yang mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan, sejumlah RM150 juta pula disediakan bagi melaksanakan program-program tertentu.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Tersasul kata dan madah penutup Guan Eng cuit perhatian

Fri Nov 02 2018

Sidang Media Perdana Menteri

Fri Nov 02 2018

Kereta 1500 cc ke bawah dapat subsidi petrol RON95

Fri Nov 02 2018

Peruntukan RM10 juta tambah 50 taska di bangunan kerajaan

Fri Nov 02 2018

Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan kerajaan `bagi meringankan bebanan ibu yang bekerja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan juga akan terus menggalak dan memberikan insentif kepada sektor swasta ke arah memastikan peluang pekerjaan yang saksama bagi wanita.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Tol motosikal mansuh, kenaikan tol dalam bandar beku

Fri Nov 02 2018

Tol motosikal di tiga laluan dimansuhkan manakala kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar dibekukan pada 2019.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumkan kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor, mulai 1 Jan 2019 dengan implikasi kewangan kira-kira RM20 juta setahun.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Strategi 11 - Mendefinisi semula peranan kerajaan dalam perniagaan

Fri Nov 02 2018

Memudahkan aktiviti logistik dan pengangkutan

Fri Nov 02 2018

Memudahkan aktiviti logistik dan pengangkutan

Fri Nov 02 2018

Strategi 10 - Merebut Peluang dalam menghadapi cabaran global

Fri Nov 02 2018

Mempergiat industri pelancongan

Fri Nov 02 2018

Alam sekitar dan tenaga untuk masa depan

Fri Nov 02 2018

Memperkukuh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Fri Nov 02 2018

Memupuk budaya negara keusahawanan

Fri Nov 02 2018

Strategi 9 - Mencetuskan kuasa ekonomi baharu

Fri Nov 02 2018

Pelan tindakan Dasar Industri 4.0

Fri Nov 02 2018

Pendidikan bagi masa hadapan lebih baik

Fri Nov 02 2018

Pertama: Peruntukan bagi bantu golongan miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

Kedua: Naik taraf dan selenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018:

Sekolah Kebangsaan: RM250 juta
SJKC: RM50 juta
SKKT: RM50 juta
Sekolah Berasrama Penuh: RM50 juta
Maktab Rendah Sains Mara: RM50 juta
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan: RM50 juta
Sekolah Mubaligh: RM50 juta
Sekolah Tahfiz: RM50 juta
Sekolah Pondok yang berdaftar: RM25 juta
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan: RM15 juta
Sekolah Menengah Persendirian Cina: RM12 juta

Ketiga: Penyumbang kepada Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi awam di bawah Kementerian Pendidikan layak menuntuk potongan cukai ke atas sumbangan mereka dalam pengiraan cukai mulai 1 Jan, 2019.

Keempat: Peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif.

Kelima: Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.

Keenam: Perkenal TVET bagi menggalakkan institusi bersaing.

Ketujuh: Aktiviti penyelidikan dapat peruntukan RM400 juta bagi kerjasama antara IPT dengan industri tempatan dan antarabangsa.

Kelapan: Biasiswa dan pinjaman pelajaran menerusi MARA, JPA dan Kementerian Kesihatan.

Kesembilan: Peruntukan RM17.5 juta bagi tempoh 5 tahun bagi melahirkan 600 akauntan Bumiputerra bertauliah ke arah sasaran 3,000 akauntan Bumiputera.

Kesepuluh: Peruntukan RM210 juta sebagai agenda pemerkasaan Bumiputera.

Kesebelas: Lima langkah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan, termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

Kedua belas: Program Sekolah Kepimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) yang melibatkan 70,000 belia berumur 15 hingga 30 tahun.

Ketiga belas: RM100 juta diperuntukkan sebagai persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020.

Keempat belas: RM10 juta untuk MDEC bagi membangun dan menggalakkan e-sports.

Peningkatan syiar Islam: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 biulion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama menggunakan braille.

Galak penggunaan pengangkutan awam

Fri Nov 02 2018

Peralihan daripada pemilikan kereta kepada penggunaan pengangkutan awam.

Penggunaan penganguktan awam, kerajaan peruntuk RM240 juta untuk pas bulanan RM100 (tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Jan, 2019.

Pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan bagi bas RapidKL.

Pembaik pulih jaringan perkhidmatan bas dengan aset terkini merangkumi
* 1,131 bas RapidKL;
* 408 RapidPenang;
* 69 RapidKuantan dan
* 300 bas perantara MRT.

Pengurangan kos untuk LRT3 dan MRT2.

DBKL peruntuk RM20 juta sedia perkhidmatan bas tambahan GoKL secara percuma.

Kerajaan akan sediakan Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RM500 juta sebanyak 2% kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali pengangkutan awam.

Kerajaan mansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor mulai 1 Januari 2019.

Kerajaan beri keutamaan kepada Laluan Tambak Johor dan Laluan Kedua ke Singapura untuk warganegara Malaysia dan pemastautin yang mengambil perjalanan ulang alik setiap hari.

Infografik Belanjawan 2019: Bantuan Sara Hidup untuk rakyat mulai Jan tahun depan

Fri Nov 02 2018

Pembentangan Belanjawan 2019 yang dilakukan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen hari ini turut melibatkan pengumuman tentang Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat.

Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik BSH kepada golongan berpendapatan rendah B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar serta bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.

INFOGRAFIK DI SINI

Strategi 7: Meningkatkan pendapatan boleh guna

Fri Nov 02 2018

Perumahan untuk semua:

Rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk PPR, Perumahan Penjawat Awam. Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd.

Pembeli rumah pertama sehingga RM500,000, Kerajaan akan memberi pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Dis, 2020.

Sehingga 31 Mac, 2018 lebihan hartanah bernilai RM22 bilion, meningkat sebanyak RM13.3 bilion berbanding tahun sebelumnya. Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama, berharga antara RM300,001 sehingga RM1 juta berkuatkuasa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Jan, 2019.

Suruhanjaya Sekuriti melalui pinjaman terbuka antara rakan setara. Pembeli boleh membeli hartanah terpilih dengan bayaran 20% nilai hartanah dan baki akan dibiayai pelabur yang ingin mendapat pulangan kenaikan nilai hartanah itu.




Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial

Fri Nov 02 2018

Belanjawan 2019: "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera"

Fri Nov 02 2018

Strategi 6: Tingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, perlindungam kebajikan sosial

Fri Nov 02 2018


Pertama: Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai 1 Januari 2019.

Kedua: Skim bermula 1 Januari 2019, perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun.

Ketiga: Produk Perlindungan Tenang dikecualikan dari duti setem untuk 2 tahun mulai 1 Januari 2019.

Keempat: Pelepasan cukai caruman KWSP dan premium insurans hayat atau takaful akan diasingkan. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 ke atas caruman kepada KWSP atau dana pencen diluluskan, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 ke atas takaful atau bayaran premium insurans hayat. Bagi penjawat awam di bawah skim pencen, pelepasan cukai adalah RM7,000.

Kelima: RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan.

Keenam: PEKA untuk pelaksanaan saringan kesihatan bagi golongam B40 berumumr 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang.

Ketujuh: Saringan percuma mamogram, HPV, pap smear di hospital dan klinik kerajaan.

Kelapan: RM50juta bagi rawatan rare disease seperti Hepatitis C, bantut dalam kalangan kanak-kanak dan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis.

Kesembilan: Pusat Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Selayang akan dinaik taraf kemudahan infrastruktur.

Kesepuluh: Duti eksais mulai April 2019 pada kadar 40 sen seliter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan

* Air minuman dengan gula tambahan yang ada lebih 5 gram per 100 ml dan;
* Jus buah-buahan dan sayur-sayuran dengan 12 gram per 100 mililiter.

Kesebelas: Peningkatan keselamatan dalam negeri dan pertahanan negara dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion.

Meningkat peluang pekerjaan dan kebolehpasaran

Fri Nov 02 2018

Pertama: Latihan kemahiran ditingkatkan melalui HRDF dan GENERATE

Kedua: Menjelang 2020, 1 juta rakyat Malaysia berusia 61-65 tahun masih aktif dan produktif. Caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4% mulai 1 Januari 2019.

Ketiga: Bekas banduan diberi pekerjaan dengan sasaran gaji tidak lebih RM4,000 sebulan.

Keempat: Beri bantuan RM500, secara one-off kepada pesara yang layak.

Kelima: Kerajaan akan ambil berat contract of service kepada 30,000 pegawai lantikan kontrak dengan peruntukan RM10 juta setahun. Cuti Kuarantin dipanjangkan kepada pegawai latihan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 Nov 2018.

Keenam: Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah sebanyak 7 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Untuk penjawat awam yang bukan beragama Islam, kemudahan cuti tanpa rekod yang sama bagi tujuan keagamaan.

Ketujuh: Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum dari RM1,050 kepada RM1,000 di seluruh Malaysia mulai 1 Jan, 2019.

Kelapan: Peraturan kepada syarikat tersenarai akan dilaksana supaya memaparkan maklumat di dalam laporan tahunan mengenai nisbah gaji tertinggi, median dan bayaran gaji tertinggi dan terendah.

Kesembilan: Kerajaan akan cepatkan penyelesaian terhadap pertikaian di antara majikan dan pekerja dengan penubuhan Mahkamah Rayuan Perusahaan.

Subsidi elektrik

Fri Nov 02 2018

Apa itu?

Isi rumah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 dan ke bawah. Disalurkan kepada golongan miskin dan miskin tegar berdaftar dengan program e-Kasih.

Peruntukan RM80 juta disediakan.

Subsidi minyak bersasar

Fri Nov 02 2018

Pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

Kerajaan beri subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

Ini dijangka berlaku pada suku kedua 2019.

KWSP dan i-SURI

Fri Nov 02 2018

Apa itu?

Melalui skim ini, kerajaan akan menyediakan geran padanan Rm40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri. RM45 juta diperuntukkan untuk skim ini.


Fokus 2: Memastikan kesejahteraan rakyat

Fri Nov 02 2018

Strategi 4: Menjamin Kebajikan dan Kualiti Hidup

Pertama: Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan terima bantuan berjumlah RM1,000. Isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 terima bantuan berjumlah RM750; dan RM3,001 hingga RM4,000 akan terima RM500.

Kerajaan perkenal kadar tambahan BHS sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tajun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. Sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak, jumlah BHS yang diterima adalah RM1,480.

Anggaran sebanyak 4.1 juta isi rumah akan dapat bantuan kewangan daripada Kerajaan dengan peruntukan RM5 bilion.

Semakan Semula Percukaian

Fri Nov 02 2018

GST berkadar sifar telah dilaksanakan pada 1 Jun 2018 dan telah digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Sept 2018.

545 items telah dikenakan pada kadar sifar manakala di bawah SST, hampir 10 kali ganda item dikecualikan daripada cukai jualan.

Keseluruhan isu operasi dan masalah pelaksanaan di peringkat awal SST telah diselesaikan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia melalui libat urus dengan pihak awam melibatkan lebih 50,000 peserta.

Jawatankuas Pembaharuan Cukai ditubuhkan pada Sept 2018 untuk tambah baik sistem percukaian yang progresif dan berkesan.

Antaranya, kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta akan dinaikkan sebanyak 1 mata peratusan daripada kadar cukai 3% kepada 4%.

Malaysia bakal bangkit kembali sebagai Harimau Asia - Guan Eng

Fri Nov 02 2018

Kerajaan baharu Pakatan Harapan berusaha keras meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat, memulihkan kekuatan fiskal dan melaksanakan pelbagai pembaharuan institusi bagi menambah baik ketelusan dan akauntabiliti yang penting kepada Malaysia untuk bangkit kembali sebagai 'Harimau Asia'.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perubahan struktur seumpama itu akan memastikan pertumbuhan mampan, kestabilan pasaran modal dan sektor kewangan dan juga akan mentransformasikan Malaysia daripada kleptokrasi global kepada demokrasi yang berasaskan peraturan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kerajaan memohon kepada Mahkamah England, bataperjanjian

Fri Nov 02 2018

Kerajaan telah memohon kepada Mahkamah England untuk membatalkan Perjanjian Penyelesaian Corporation (IPIC) dan Aabar Investment PJS daripada Abu Dhabi.

1MDB dan Kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki USD4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar dan sebaliknya akan menuntut pemulangan USD1.46 bilion yang telah dibyar, atas alasan penipuan yang berlaku semasa perjanjian tersebut dimuktamadkan.

Projek-projek ditender semula

Fri Nov 02 2018

Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion telah dianugerahkan melalui kaedah rundingan terus sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu telah ditamatkan.

Projek ini akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar.

Belanjawan 2019: Tiada lagi 'teka teki' warna baju Najib

Fri Nov 02 2018

Saban tahun tatkala pembentangan belanjawan tiba selain intipati, perkara yang turut ditunggu-tunggu adalah mengenai teka-teki warna baju yang dipakai oleh Menteri Kewangan.

Sebelum ini orang yang ditunggu ketika pembentangan belanjawan sudah semestinya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada era kerajaan BN.

BERITA PENUH DI SINI

Strategi 3: Meningkat hasil kerajaan: Memanfaat aset

Fri Nov 02 2018

Pertama: Kerajaan akan mengurangkan pegangannya dalam syarikat bukat strategik dengan merealisasikan nilai terbaik mungkin;

Kedua: Model kerjasama awam swasta yang sebenar akan digunakan bagi projek yang berdasarkan transaksi tukaran tanah secara tender terbuka dan bukannya kaedah rundingan terus. Berdasarkan modal baharu ini, sebanyak 24 projek PPP seperti sekolahj, kem tentera, balai polis dan bomba serta rumah mamu milik bernila RM5.2 bilion.

Ketiga: Penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi;

Keempat: Airport Real Estate Investment Trust (REIT) yang pertama di dunia akan dilaksana.

Strategi 1: Memperkukuh Pengurusan Fiskal

Fri Nov 02 2018

Pertama: Kerajaan Persekutuan menstruktur semula pendekatan Zero - Based Budgeting iaitu sistem belanjawan berdasarkan sifar belanjawan.

Kedua: Kerajaan bakal bentang Akta Kebertanggungjawaban Diskal pada 2021 untuk elak perbelanjaan yang tidak terkawal dan sebabkan hutan yang maha besar.

Ketiga: Pembentangan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun hadapan untuk kawal setia proses perolehan bagi memastikan ketelusan dan persaingan terbuka.

Keempat: Untuk memastikan penzahiran hutang dan liabiliti serta kedudukan nilai aset negara secara menyeluruh.

Tema Belanjawan 2019: 3 teras utama

Fri Nov 02 2018

3 fokus utama #Belanjawan2019 untuk Malaysia menjadi Harimau Asia:

Pertama: Melaksanakan Reformasi Institusi;
Kedua: Memastikan Kesejahteraan Rakyat;
Ketiga: Memupuk Budaya Negara Keusahawanan.

Fokus 1: Melaksanakan reformasi institusi

Fri Nov 02 2018

Kelemahan utama pengurusan makroekeonomi Malaysia adalah salah tadbir urus kewangan awam yang berlaku dalam RM50 bilion 1MDB yang diceritakan dalam 'Billion Dollar Whale'.

Paras hutang RM1 trilion adalah disebabkan skandal kewangan

Fri Nov 02 2018

Paras hutang RM1 trilion adalah disebabkan skandal kewangan, Guan Eng.

Hutang & liabiliti kerajaan setakat Jun 2018

Fri Nov 02 2018



Hutang dan liabiliti kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1.065 bilion.

Mahathir, Wan Azizah dan Guan Eng tiba di Parlimen

Fri Nov 02 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sudah tiba di Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2019.

Belanjawan tahun ini merupakan pembentangan pertama kerajaan Pakatan Harapan selepas parti berkenaan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, lalu.



Kedudukan fiskal, pertumbuhan ekonomi mampan tumpuan tempoh akhir RMK11

Fri Nov 02 2018

Kerajaan akan memberi tumpuan untuk mengimbangi objektif pengukuhan kedudukan fiskal serta penekanan pertumbuhan ekonomi mampan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di antara 2018 hingga 2020.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Lim Guan Eng bertolak ke Parlimen dari MOF

Fri Nov 02 2018

10 sebab kenapa anda perlu tonton Belanjawan 2019

Fri Nov 02 2018

Adakah akan ada bonus kakitangan awam? Adakah BR1M akan diteruskan? Bagaimana pula dengan pembaharuan dalam sistem pendidikan? Bagaimana untuk tarik lebih ramai pelabur berkualiti masuk ke dalam negara?

Semuanya bakal terjawab dalam pembentangan Belanjawan 2018 petang ini.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Bajet pertama akan dibentangkan kerajaan baharu selepas 61 tahun

Fri Nov 02 2018

Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang.

ARTIKEL PENUH DI SINI

#Belanjawan 2019#Dr Mahathir Mohamad#kesejahteraan rakyat#Lim Guan#Lim Guan Eng#Malaysia Baharu#Menteri Kewangan#merancak ekonomi#Mohamed Azmin Ali#pendidikan#perkhidmatan awam
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.