awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan portal berhubung Mesyuarat Lembaga Pengarah di luar negara tak beri gambaran tepat - KHSB

Bernama
Bernama
31/07/2024
10:55 MYT
Laporan portal berhubung Mesyuarat Lembaga Pengarah di luar negara tak beri gambaran tepat - KHSB
KHSB berkata Mesyuarat Lembaga Pengarah yang dicadangkan untuk diadakan di Perth, Australia dari 23 hingga 27 Ogos 2024 itu adalah salah satu cadangan dalaman yang masih belum mendapat sebarang kelulusan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) hari ini berkata kandungan laporan sebuah portal berita yang mendakwa bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat itu kononnya akan diadakan di luar negara, tidak memberikan gambaran yang tepat kepada orang awam.
KHSB dalam kenyataan berkata Mesyuarat Lembaga Pengarah yang dicadangkan untuk diadakan di Perth, Australia dari 23 hingga 27 Ogos 2024 itu adalah salah satu cadangan dalaman yang masih belum mendapat sebarang kelulusan daripada Lembaga Pengarah KHSB.
"Sekiranya dilaksanakan, ia merupakan sebahagian daripada delegasi teknikal bagi tujuan hakiki syarikat iaitu dalam pembangunan perumahan dan hartanah termasuk inovasi terkini yang sedang berkembang pesat dalam industri pembangunan hartanah," menurut kenyataan itu.
KHSB berkata sebagai sebuah anak syarikat kerajaan negeri, ia sentiasa kekal profesional dan komited dengan prinsip ketelusan dan integriti selain menyokong amalan tadbir urus korporat tahap terbaik dalam segenap lapisan operasi syarikat.
Sehubungan itu KHSB berharap organisasi media kekal profesional dan beretika dengan membudayakan semak silang sebelum menerbitkan berita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KHSB
#Kumpulan Hartanah Selangor Berhad
#anak syarikat kerajaan negeri
#mesyuarat di luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan