awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
13/01/2025
11:07 MYT
Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Hasrat itu disampaikan Pengarah Urusan ADIA, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan dalam pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin. - Foto MITI
ABU DHABI: Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.
Hasrat itu disampaikan Pengarah Urusannya, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan dalam pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turut hadir dalam mesyuarat itu berkata komitmen berkenaan turut melibatkan pelaburan dalam transformasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
“Di dalam perbincangan tersebut juga, ADIA yang telah sekian lama melabur di Malaysia memberi komitmen untuk terus mempertingkat dan memberi tumpuan utama dalam mencipta nilai yang lebih besar untuk memastikan kejayaan pelaburan-pelaburan di Malaysia di pelbagai sektor termasuk dalam transformasi MAHB,” katanya.
Beliau berkata demikian melalui satu hantaran di media sosialnya hari ini.
View this post on Instagram
A post shared by Tengku Zafrul Aziz — TZA (@tzafrul_aziz)
Tambah Tengku Zafrul, komitmen ADIA terserlah melalui pelaburan yang selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan rangka kerja Ekonomi Madani.
Menurut beliau, antara sumbangan penting ADIA termasuk kerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam usaha penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), selain pelaburan dalam projek infrastruktur utama yang menyokong pertumbuhan mampan negara.
"Ini jelas menunjukkan keyakinan kukuh terhadap dasar-dasar Kerajaan yang mesra pelabur yang akan memanfaatkan rakyat dalam jangka masa panjang.
“Melalui hubungan strategik ini, kami terus memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi utama untuk pelaburan berkualiti tinggi, sekaligus memperkukuh daya saing ekonomi, mencipta peluang pekerjaan baharu, dan merancakkan pembangunan ekonomi negara,” ujarnya lagi.
ADIA merupakan salah satu dana kekayaan terbesar dunia dengan aset dianggarkan melebihi AS$1 trilion.
Pertemuan di Abu Dhabi ini membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama pelaburan strategik antara Malaysia dan UAE.
Perdana Menteri yang kini mengadakan lawatan tiga hari ke UAE, dijadualkan bertemu rakan sejawatnya Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Dubai pada petang ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#UAE
#lawatan kerja
#ADIA
#Tengku Zafrul
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan