Para menteri yang terlibat dalam rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bersetuju terhadap perlunya penglibatan yang lebih mendalam bagi memahami sensitiviti antara satu sama lain serta tempoh keluar secara berperingkat-peringkat.
Dalam satu kenyataan Jumaat, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata mereka juga bersetuju mengenai perlunya persetujuan yang bermatlamat memudahkan perdagangan.
Mustapa berkata beliau menyatakan mengenai pentingnya akses pasaran bagi Malaysia, terutama untuk tekstil, minyak kelapa sawit, buah-buahan tropika dan produk-produk berasaskan pertanian, pada Mesyuarat Menteri-menteri TPP di Brunei selama dua hari mulai 22 Ogos.
Mesyuarat itu dihadiri kesemua 12 menteri TPP atau wakil.
Beliau berkata mesyuarat itu penting memandangkan ia menyediakan ruang untuk mereka membincangkan hala tuju serta isu-isu tertangguh.
"Para menteri dijangka membentangkan laporan kemajuan kepada pemimpin-pemimpin TPP apabila mereka bertemu di Bali untuk Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dari 7 hingga 8 Okt.
Mengenai pemerolehan kerajaan, Mustapa berkata, beliau menegaskan bahawa Malaysia menghadapi kesukaran dalam isu itu.
"Saya menekankan bahawa pengecualian bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keutamaan kepada Bumiputera, perlu bagi kerajaan meneruskan matlamat pembangunan sosioekonomi dan dasar tindakan yang afirmatif," katanya.
Beliau berkata Malaysia menghadapi kesukaran terhadap cadangan perusahaan milik negara (SOE), yang dilihat menyimpang daripada objektif mewujudkan ruang yang saksama, dan ia menjejaskan SOE Malaysia.
Mengenai hak harta intelek, Mustapa berkata beliau menegaskan mengenai kedudukan Malaysia dalam isu akses kepada perubatan mampu ditanggung.
Menteri itu berkata beliau juga mengambil peluang semasa sesi pleno dan pertemuan dua hala bagi menarik perhatian rakan sejawatannya bahawa kerajaan bersetuju melaksanakan dua analisis manfaat kos tambahan bagi menentukan manfaat sebenar yang akan terakru oleh negara hasil penyertaan dalam TPP.
"Saya turut membincangkan mengenai ketelusan yang pada asasnya telah dipersetujui secara prinsip iaitu teks rundingan tidak boleh dikongsi dengan pemegang kepentingan memandangkan rundingan masih berjalan, sebagai kaedah lain untuk meningkatkan ketelusan yang boleh diteroka," katanya.
Selepas pusingan ke-19 di Brunei, Mustapa berkata kementerian itu bersama pelbagai pihak berkepentingan, bukan sahaja akan menyediakan hala tujuan masa depan, malah berkongsi kedudukan Malaysia dalam isu-isu yang sedang dibincangkan dengan kaukus parlimen, masyarakat madani dan kumpulan lain yang berkepentingan.
Bernama
Fri Aug 23 2013
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.
Kerajaan fokus hapus kemiskinan tegar menjelang 2025 - Mustapa
Usaha tersebut adalah antara tiga fokus yang digariskan dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-25 yang diterbitkan oleh Bank Dunia.
Buku RMK-12: UPE JPM tidak pernah belanja RM2 bilion - Mustapa
Ia sekali gus menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan usul RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan akan umum kos pampasan pembatalan HSR - Mustapa
Wang yang akan digunakan adalah wang rakyat, justeru jumlahnya akan didedahkan.
RMK-12: Kerajaan pergiat libat urus dengan pihak berkaitan
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, pandemik COVID-19 juga turut memberi kesan besar kepada landskap ekonomi global termasuk Malaysia.
Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melihat kaedah-kaedah baharu yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan masalah kemiskinan di Sabah dapat ditangani.
Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini
Laporan petugas khas mengenai isu-isu berkaitan Felda akan diputuskan kerajaan pada pertengahan Oktober ini.
Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa
Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
RM59.8 bilion bayaran hasil petroleum dibuat kepada empat negeri sepanjang 2008 - 2019
Bayaran tunai hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mencecah hampir RM59.8 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2019.
Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura
Isu berkaitan PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura.