awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tahanan kes rogol lolos berjaya ditangkap semula di Sibu
MALAYSIA
Pesara syarikat swasta rugi RM1.68 juta diperdaya pelaburan dalam talian
BISNES
Malaysia meterai perjanjian perkongsian ekonomi dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Lee, Anwar bincang perjanjian perdagangan bebas, perluas kerjasama Malaysia-Korea Selatan

Bernama
Bernama
23/06/2025
06:20 MYT
Lee, Anwar bincang perjanjian perdagangan bebas, perluas kerjasama Malaysia-Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin mencapai persefahaman itu semasa perbualan telefon pertama mereka pada Isnin.
SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk bekerjasama memperluaskan hubungan dua hala secara "substantif dan saling menguntungkan", termasuk usaha memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua negara, menurut Pejabat Presiden Korea Selatan.

Ringkasan AI
  • Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk memperluas hubungan dua hala secara substantif dan saling menguntungkan, termasuk memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua negara.
  • Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, infrastruktur, transformasi digital, pertumbuhan hijau dan pertahanan, bersempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik Malaysia-Korea Selatan.
  • Malaysia dan Korea Selatan juga bersetuju untuk menyumbang kepada kerjasama antarabangsa menjelang penganjuran Sidang Kemuncak APEC dan mesyuarat ASEAN pada penghujung tahun ini.

Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa kedua-dua pemimpin mencapai persefahaman itu semasa perbualan telefon pertama mereka pada Isnin, sambil menyuarakan harapan untuk terus memperkukuh perkongsian strategik antara Korea Selatan dan Malaysia, kata jurucakap presiden, Kang Yu-jung kepada media.
"Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memperluas kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, infrastruktur, transformasi digital, pertumbuhan hijau dan pertahanan, khususnya dengan jangkaan termeterainya perjanjian perdagangan bebas Korea Selatan-Malaysia tahun ini," katanya.
Presiden Lee turut menegaskan komitmennya untuk mengukuhkan persahabatan dan kerjasama dua hala yang telah terjalin selama beberapa dekad berasaskan kepercayaan serta persefahaman bersama.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Selatan.
Kedua-dua pemimpin juga berkongsi pandangan bahawa Malaysia dan Korea Selatan mampu menyumbang secara bermakna kepada pengukuhan kerjasama antarabangsa memandangkan masing-masing bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada penghujung tahun ini.
Dalam perbualan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Lee atas pelantikannya sebagai Presiden, dan Lee menyatakan penghargaan atas ucapan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Korea Selatan
#Anwar Ibrahim
#FTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami