KUALA LUMPUR: Kelewatan pelaksanaan penyasaran subsidi menjadi antara punca kejatuhan Malaysia ke tangga 34 dalam Indeks Daya Saing Dunia (IMD) 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun laporan IMD 2024 secara umumnya masih mengekalkan Malaysia sebagai ekonomi yang stabil.
Menurutnya, laporan itu mengambil kira beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Malaysia termasuk prestasi ringgit yang lemah dan unjuran ekonomi selepas pandemik COVID-19.
"Malaysia dikatakan tidak tegas dalam soal perbelanjaan. Dalam keadaan perbelanjaan kita meningkat dan defisit membengkak, kita masih meluluskan beberapa peruntukan tambahan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
“Kelewatan kita melaksanakan penyasaran juga dianggap sebagai kelemahan.
"Perincian laporan tersebut teguran yang agak keras. Yang menyebabkan kita merosot adalah kerana kelewatan kita, kurang tegas kita dalam pelaksanaan dan penyasaran subsidi," katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai strategi kerajaan susulan kejatuhan kedudukan Malaysia ke tangga 34 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024.
Ahli Parlimen Tambun berkenaan menegaskan, sememangnya ada kelemahan yang harus diperbaiki seperti yang disebut dalam perincian umpamanya mengambil kira tentang unjuran pertumbuhan.
“Seperti mana yang kita tahu unjuran ekonomi kita ketika pasca COVID-19 melonjak naik, dari yang sangat rendah. Jadi prestasi terbabit tentunya lebih rendah berbanding sebelumnya.
“Kedua prestasi ringgit pada 2023, itu sangat lemah dan ini menyebabkan kita merudum ikut istilah rekod tersebut. Ketiga, pengurusan ekonomi kita tidak tegas dalam perbelanjaan,” katanya.
Menurut Anwar, beliau percaya kedudukan ekonomi Malaysia pada tahun ini akan semakin meningkat berdasarkan rekod semasa.
Katanya, untuk memperbaiki pertumbuhan ekonomi bukan hanya menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri sebaliknya tugas semua lapisan pengurusan pentadbiran.
“Ini tanggungjawab keseluruhannya bukan hanya Jemaah Menteri, ketua setiausaha, ketua pengarah dan agensi kerajaan. Saya percaya kalau kita ambil langkah tegas ia boleh melonjak.
“Ikut unjuran kita berdasarkan prestasi suku tahun pertama, kita akan dapat meningkat jauh lebih baik daripada laporan,” kata beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 25 2024
Anwar berkata, bagaimanapun laporan IMD 2024 secara umumnya masih mengekalkan Malaysia sebagai ekonomi yang stabil. - Gambar/ Bernama
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Lewat buat penyasaran subsidi punca Indeks Daya Saing Dunia Malaysia jatuh - PM Anwar
Kelewatan pelaksanaan penyasaran subsidi menjadi antara punca kejatuhan Malaysia ke tangga 34 dalam Indeks Daya Saing Dunia (IMD) 2024.
Sebahagian besar isu dalam laporan IMD telah diselesaikan - Anwar
Sebahagian besar isu dalam laporan Ranking Daya Saing Dunia 2024 yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) telah diselesaikan pada suku pertama tahun ini.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
Kuala Lumpur melonjak 16 mata ke tangga ke-73 bandar raya paling pintar di dunia
Beberapa prestasi KL membanggakan, termasuk kemudahan pembelian tiket dalam talian dan kebolehcapaian penyenaraian pekerjaan dalam talian.
Lewat buka semula sempadan faktor Malaysia di tangga ke-32 Ranking Daya Saing Dunia IMD 2022
Trend penurunan ranking WCR jelas dilihat kepada negara-negara yang lewat membuka semula sempadan antarabangsa kerana pandemik COVID-19.
Malaysia kekal antara 20 negara paling berdaya saing
Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 20 daripada 61 negara paling kompetitif di dunia mengikut senarai WCy yang diterbitkan oleh pusat daya saing dunia.
10 negara modal insan terbaik dunia
Malaysia berada di kedudukan ke-5 dalam Laporan Modal Insan 2014 yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa untuk Pengurusan Pembangunan (IMD).