awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Virus Nipah: Sukar merebak, namun risiko kematian tinggi
Isu pekerja gig harus dibincangkan secara tripartit agar keputusan seimbang - Aktivis GEM
Proton sasar jual sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN rangka strategi lebih adil agih bayaran balik cukai, utamakan PMKS

Bernama
Bernama
28/01/2026
21:50 MYT
LHDN rangka strategi lebih adil agih bayaran balik cukai, utamakan PMKS
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merangka strategi yang lebih adil dan saksama bagi memastikan peruntukan bayaran balik yang disediakan oleh kerajaan dapat diagihkan secara teratur. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merangka strategi yang lebih adil dan saksama bagi memastikan peruntukan bayaran balik yang disediakan oleh kerajaan dapat diagihkan secara teratur, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kementerian itu berkata, antara strateginya iaitu mempertimbang keutamaan kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) atau syarikat yang mengalami masalah aliran tunai dan mengguna pakai konsep First In First Out.
Katanya, ia juga termasuk mengagihkan bayaran balik lebihan cukai secara seimbang berdasarkan usia tunggakan dan membuat bayaran penuh bagi tunggakan bayaran balik lebihan cukai untuk kategori pembayar cukai individu.
"Selain itu, pindaan perundangan cukai juga dibuat bagi membolehkan pembayar cukai membuat semakan pada bulan ke-11, berbanding semakan pada bulan ke-enam atau ke-sembilan atau kedua-duanya sahaja.
"Melalui kemudahan semakan tambahan yang disediakan ini, bayaran anggaran cukai yang perlu dibuat sepatutnya menghampiri jumlah tanggungan cukai sebenar yang perlu dibayar oleh syarikat, dan ini seterusnya akan dapat mengurangkan bayaran balik lebihan cukai di pihak Kerajaan," jelas MOF menerusi jawapan bertulis yang diterbitkan dalam laman sesawang Parlimen hari ini.
Kementerian itu menjawab pertanyaan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai jumlah tunggakan lebihan cukai yang belum dijelaskan setakat ini bagi pembayar cukai termasuk PKS serta sasaran Kerajaan bagi 2026 termasuk tempoh penyelesaian dan mekanisme mencegah tunggakan baharu.
Jumlah bayaran balik lebihan cukai bagi 2025 yang diselesaikan oleh LHDN sebanyak RM22.45 bilion, melibatkan 3.6 juta pembayar cukai yang turut merangkumi syarikat PMKS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#bayaran balik cukai
#PMKS
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan