KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, lima varieti strawberi premium Korea Selatan diperkenalkan secara rasmi di pasaran Malaysia sejak semalam (Rabu) iaitu, kuemsil, sulhyang, king's berry, vitaberry, dan snowberry.
Majlis berkenaan bukan sahaja bertujuan menarik minat pemain industri utama tempatan tetapi juga untuk memupuk kesedaran dan keseronokan dalam kalangan pengguna Malaysia.
Pengarah Urusan Pusat Perdagangan Agro Korea di Kuala Lumpur, Jang Jae Hyung berkata acara bersejarah ini yang bukan sahaja memboleh strawberi premium Korea Selatan menembusi pasaran Malaysia, tetapi juga sebagai kesinambungan misi untuk mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
"Malaysia sentiasa menjadi rakan dagangan penting Korea Selatan dan kami yakin bahawa pengenalan strawberi premium ini bukan sahaja akan memenuhi selera rakyat Malaysia tetapi juga sebagai penghargaan terhadap produk pertanian Korea yang pelbagai dan luar biasa," katanya.
Menurut kenyataan itu, majlis berkenaan juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Integrasi Eksport Strawberi Korea (K-Berry), Euro-Atlantic Sdn Bhd, dan Khaishen Trading Sdn Bhd, sekali gus membuktikan usaha dan kerjasama dalam menerajui pengembangan strawberi premium Korea Selatan di pasaran Malaysia.
Setiap lima varieti strawberi premium ini mempunyai kualiti yang berbeza berbanding buah standard di pasaran, kuemsil misalnya mempunyai rasa yang sangat manis dan diperkaya dengan nuansa lembut buah pic yang meningkatkan profil rasanya.
Sulhyang pula mempunyai banyak air, pulpa lembut, dan berbentuk kon cerah serta berwarna merah terang, sementara king's berry mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar berbanding strawberi biasa.
Vitaberry pula sesuai dengan namanya mempunyai kandungan vitamin C, melebihi 30 peratus berbanding strawberi biasa di pasaran sementara snowberry, luarannya berwarna pink lembut dan di dalamnya mempunyai tekstur putih lembut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Varieti kuemsil, sulhyang, king's berry, vitaberry, dan snowberry kini boleh didapatkan di pasaran tempatan. - Gambar hiasan/Pexels
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Lima varieti strawberi premium Korea Selatan kini dalam pasaran Malaysia
Varieti kuemsil, sulhyang, king's berry, vitaberry, dan snowberry kini boleh didapatkan di pasaran tempatan.
Sisa racun perosak dikesan pada strawberi Jepun
Sebanyak 964.66 kilogram strawberi yang dibekalkan oleh firma Jepun Toyomarusyouzi Co telah dirampas.
Anggur Jerantut setara buah import
Situasi itu juga menyebabkan kawasan rumahnya menjadi tumpuan masyarakat setempat yang tertarik dengan pemandangan dan landskap terhasil.
Bagaimana rasa Nasi Lemak Sambal Strawberi di Cameron Highlands?
Tentu sekali, sebilangan besar daripada kita berasa pelik dan janggal apabila pertama kali mendengar sambal strawberi?
Jarum dalam strawberi: Wanita 50 tahun diberkas
Penahanan suspek berusia 50 tahun telah dibuat susulan daripada siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kes tersebut.
KKM periksa strawberi segar diimport dari Australia
Pemeriksaan telah dibuat ke atas semua strawberi segar yang diimport daripada Australia di semua pintu masuk negara.
Cemari buah-buahan di Australia boleh dipenjara maksimum 15 tahun
Undang-undang baharu itu mengenakan hukuman maksimum sama seperti kesalahan memiliki gambar pornografi kanak-kanak dan membiayai keganasan.
Selepas strawberi, jarum ditemui dalam epal di Australia
Seorang ibu di Sydney terkejut selepas menemui jarum tersembunyi di dalam epal yang dibelinya di sebuah pasar raya utama di negara itu.
Jarum dalam strawberi, Australia tingkatkan siasatan
Orang ramai digesa memotong dulu buah strawberi yang dibeli di pasaran sebelum makan, takut-takut kalau ada terdapat jarum di dalamnya.