The Loaf berhasrat meluaskan perniagaan mereka ke Singapura, Hong Kong dan Jepun pada masa akan datang.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata buat masa ini The Loaf akan menumpukan perhatian untuk menambah bilangan rangkaian kedainya di Malaysia.
Katanya sebagai kafe kedai roti gaya Jepun pertama di Malaysia, The Loaf sentiasa berusaha untuk memuaskan hati pelanggan mereka dan akan memastikan kualiti dikekalkan.
"Menawarkan produk baru dan memperluaskan rangkaian produk yang sedia ada adalah satu keunikan The Loaf dan saya percaya ini membezakan kami sebagai peneraju pasaran.
"The Loaf juga sentiasa berusaha menyediakan produk yang lazat dan bertaraf dunia supaya dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia," katanya ketika merasmikan cawangan ke 11 The Loaf di Sogo petang Selasa.
Selain merasmikan cawangan baru, Tun Mahathir juga turut melancarkan dua produk baru The Loaf iaitu Creamy Ampan atau roti kacang merah berkrim dan kek keju yang diberi nama Uhu! hu!.
Pengarah Urusan The Loaf, Jiro Suzuki menjelaskan pihaknya secara berterusan berusaha memperkenalkan produk baru yang lazat.
"Perkara ini membuatkan pelanggan setia kami terus mengunjungi The Loaf kerana mereka tahu akan sentiasa ada sesuatu yang baru untuk dirasai apabila mereka melawat salah satu daripada kedai-kedai kami," katanya.
Di majlis itu juga pengurusan The Loaf juga turut meraikan sambutan hari lahir Tun Dr Mahathir yang ke 88 sebaik saja upacara perasmian disempurnakan.
Produk The Loaf dibuat oleh pakar pembuat roti Jepun menggunakan bahan-bahan yang berkualiti kebanyakannya diimport dari Jepun dan Eropah.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jul 10 2013
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Pejuang fokus kerjasama NGO hadapi PRU15 - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir berkata, penglibatan pihak berkecuali itu meliputi kira-kira 100 NGO termasuk kumpulan pesara tentera dan guru.
Pakatan Harapan jatuh sebab Anwar Ibrahim dipilih sebagai PM - Tun M
"Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar sekadar umum cukup majoriti, Kerajaan tidak akan tumbang - Naib Presiden Pas
Pas masih sangsi dengan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai cukup majoriti membentuk kerajaan.
Rohingya perlu dilayan sebagai rakyat atau diberi wilayah sendiri - Dr Mahathir
Etnik Rohingya seharusnya dilayan sebagai rakyat Myanmar atau diberikan wilayah sendiri untuk membentuk negeri, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kepentingan negara kecil dipertahankan dalam ASEAN - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata 'Harimau Asia' masih ada walaupun sesetengah mungkin telah berhibernasi untuk sementara waktu.
Azmin cedera tulang belakang, bertugas dari rumah
Keputusan untuk bekerja dari rumah itu adalah atas nasihat doktor yang menyarankan Azmin berehat daripada bertugas kerana kecederaan pada tulang belakang beliau.
BR1M, Dasar Gaji Minimum bantu capai objektif ekonomi negara - Abdul Rahman
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah sesuatu yang haram atau rasuah atau menyalahi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
PPBM wajar henti BR1M jika Pakatan Harapan memerintah - Lokman Adam
Mahathir perlu sedar bahawa ada 7.2 juta rakyat Malaysia yang amat mengharapkan BR1M untuk menampung kos sara hidup.
PM Najib tempelak pembangkang tuduh kerajaan jual kedaulatan negara kepada China
Beliau berkata tindakan pembangkang itu dilihat cuba untuk menafikan kejayaan yang diraih oleh kerajaan hasil lawatan tersebut sehingga mampu membawa masuk pelaburan bernilai RM144 bilion.
DAP tentukan PM jika Pakatan Harapan menang PRU - Lokman Adam
DAP akan menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri seandainya Pakatan Harapan menang di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.