KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan struktur gaji baharu berdasarkan gaji sara hidup kepada kakitangannya.
LTAT dalam satu kenyataan berkata, struktur baharu ini merangkumi langkah-langkah kewangan khusus untuk membantu kakitangan yang terkesan akibat tekanan kos sara hidup semasa yang diburukkan lagi oleh persekitaran ekonomi luaran.
Menurutnya, langkah tersebut diluluskan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein termasuk pelarasan skala gaji bagi membantu LTAT menjadi organisasi yang berdaya saing.
"Ia dibuat berdasarkan kadar pasaran untuk menarik bakat yang lebih berkualiti dan berkeupayaan untuk memberi nilai tambah kepada transformasi LTAT menjadi sebuah dana persaraan anggota angkatan tentera yang profesional.
"Struktur gaji yang diperkemaskan dengan pelarasan gaji sara hidup yang relevan akan dapat membantu menangani kenaikan kos sara hidup. Sebagai contoh, kadar gaji asas minima dinaikkan sebanyak 43%, yang akan meningkatkan jumlah pendapatan kasar bulanan minima termasuk elaun gaji sara hidup sekurang-kurangnya kepada RM2,700.
"Kakitangan juga akan menikmati pelarasan gaji pada kadar 10% bagi Eksekutif Kanan ke atas dan 12% bagi peringkat Eksekutif dan Bukan Eksekutif berdasarkan skala gaji yang baharu yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2021," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Datuk Nazim Rahman berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Hishammuddin atas perhatian dan kelulusan yang telah diberikan dan ini adalah bukti keprihatinan LTAT dalam menjaga kebajikan setiap ahli dalam keluarga LTAT.
“Struktur gaji baharu ini adalah selaras dengan saranan kerajaan untuk melaksanakan pembayaran gaji pada paras yang wajar berdasarkan kepada kajian pasaran semasa, struktur kos LTAT serta selaras dengan beberapa perbincangan yang telah dijalankan di antara pihak pengurusan dan kakitangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini," katanya.
Nazim berkata, LTAT telah mengadakan pertemuan dengan kakitangan untuk mendapatkan pandangan mereka dan akan meneruskan usaha untuk memperkemaskan lagi gaji kakitangan secara progresif.
Menurutnya lagi, langkah-langkah baharu ini diharapkan akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kakitangan bagi memenuhi tanggungjawab LTAT untuk memberikan pulangan yang mampan dan berdaya saing kepada Anggota Tentera walaupun dalam persekitaran pelaburan yang mencabar.
"Pihak pengurusan yakin bahawa seluruh keluarga LTAT akan terus bekerjasama untuk memberi sokongan dan komitmen sepenuhnya demi kecemerlangan dan kejayaan transformasi LTAT dan memastikan kesejahteraan anggota tentera terpelihara," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Oct 18 2022

LTAT telah mengadakan pertemuan dengan kakitangan untuk mendapatkan pandangan mereka dan akan meneruskan usaha untuk memperkemaskan lagi gaji kakitangan secara progresif. - Foto DagangNews

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

Landasan bengkok: DBKL arah projek berhampiran stesen LRT Bandaraya dihentikan
Ini susulan projek berkenaan dikhuatiri menyebabkan penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya sehingga mencetuskan gangguan kepada perkhidmatan tersebut.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Niaga AWANI: Keselamatan Makanan | Apa yang harus ada dalam Bajet 2023?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman.

Roslin Hashim sedia bantu Zii Jia
Roslin berkata, dia tiada sebarang halangan bagi membantu Zii Jia keluar daripada kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini.

Pantau Kerajaan Baharu: Dinamika Hubungan Malaysia - Singapura
Membincangkan mengenai lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura hari ini. Ikuti perbincangannya bersama Pakar Sejarah Asia Tenggara, Prof Dr Syed Khairuddin Al-Juned.

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

Isu 'sedekah' pengundi: Amanah gesa SPRM percepat siasatan
Kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

LTAT perkenal struktur baharu berdasarkan gaji sara hidup
Struktur baharu ini merangkumi langkah-langkah kewangan khusus untuk membantu kakitangan yang terkesan akibat tekanan kos sara hidup.