awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAB jangka faktor muatan kelas pertama melebihi 70 peratus

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
22/03/2016
08:08 MYT
MAB jangka faktor muatan kelas pertama melebihi 70 peratus
Kesemua 15 pesawat A330 akan dinaik taraf menjelang September 2016 - Foto Astro AWANI
Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjangkakan faktor muatan kelas perniagaan melebihi 70 peratus dengan menaik taraf kelas perniagaan pesawat A330-300.
Menurut Ketua Pegawai Komersialnya Paul Simmons, kesemua 15 pesawat A330 akan dinaik taraf menjelang September 2016.
Simmons turut berkata pelancaran kelas pertama perniagaan tersebut akan dapat menarik lebih ramai penumpang selain dari memperbaiki dan memperkukuh produk premium dan perkhidmatan.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran kelas perniagaan pesawat A330-300 yang dinaik taraf di sini hari ini.
Bahagian tempat duduk kelas perniagaan baru ini berukur 44 inci dengan kelebaran 20 inci dan panjangnya berukur 76 inci.
Tempat duduk ini mempunyai ruang kerja yang 90 peratus lebih luas daripada sebelumnya.
A330 yang dinaik taraf ini bakal mempunyai 27 tempat duduk bagi kelas perniagaan dan 263 tempat duduk ekonomi.
Pesawat MH141 merupakan pesawat pertama yang dinaik taraf yang akan memulakan penerbangannya Sydney pada Rabu (Mac 23), kata Simmons.
Kelas perniagaan yang dinaik taraf ini juga bakal dinikmati ke destinasi Australia, New Zealand, Jepun, Korea, China dan India.
Topic Berkaitan
#A330-300
#Ketua Pegawai Komersial
#Malaysian Airlines
#MH141
#Paul Simmons
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan