KUALA LUMPUR: Keadaan politik yang bertambah baik dan kes COVID-19 yang mencatatkan angka di bawah paras 20,000 untuk dua hari berturut-turut berjaya menyuntik sentimen positif kepada pasaran ekuiti tempatan.
Indeks utama, FBM KLCI meraih semula momentum untuk ditutup 4.40 mata lebih tinggi kepada 1,522.43 berbanding penutupan pada petang Jumaat lalu,1,518.03.
Malah, dagangan di pasaran ekuiti tempatan juga berakhir agak positif, apabila jumlah kaunter untung iaitu 567 berjaya mengatasi jumlah kaunter rugi, sebanyak 403 dengan 439 kaunter tidak berubah sementara, 798 tidak didagangkan.
Lonjakan pada penutupan petang ini terutamanya dipacu oleh sektor teknologi, pengangkutan, pembinaan dan hartanah.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota kajiannya hari ini menjangkakan keadaan politik yang kembali stabil dengan pelantikan Perdana Menteri baharu akan meningkatkan sentimen positif, tetapi risiko masih ada sekiranya kes COVID-19 terus meningkat.
“Sementara itu, para pelabur akan menumpukan kepada kadar inflasi Malaysia yang akan diterbitkan pada Rabu.
“Dari segi aspek komoditi, minyak sawit mentah (MSM) didagangkan di bawah zon tertinggi, sementara minyak mentah Brent diniagakan di bawah AS$66,” jelas firma itu.
Mencuri tumpuan pada penutupan petang ini adalah saham Malaysia Airports Holdings Berhad yang berjaya berakhir dalam kalangan kaunter untung, ditutup 28 sen lebih tinggi kepada RM6.10 walaupun kumpulan mencatatkan prestasi kewangan yang lebih lemah pada suku kedua tahun kewangan 2021 (2QFY21).
Kaunter itu bagaimanapun diungguli oleh saham Fraser & Neave Holdings Berhad apabila melonjak 74 sen untuk ditutup pada kadar RM26.74.
Petang ini, saham MMAG Holdings Berhad berakhir di kaunter paling rancak diniagakan, namun ia ditutup 0.05 sen lebih rendah kepada 12.5 sen.
Ini diikuti oleh saham Fintec Global Berhad yang berakhir tidak berubah pada kadar 0.25 sen.
Beralih kepada kaunter rugi, saham Nestle (Malaysia) Berhad mencatatkan kemerosotan terbesar apabila ditutup 40 sen lebih rendah kepada RM133.60.
Turut merasai tempias itu adalah saham Advance Information Marketing Berhad yang berakhir 20 sen lebih rendah kepada 30.5 sen.
*Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Aug 23 2021
Keadaan politik yang bertambah baik dan kes COVID-19 yang mencatatkan angka di bawah paras 20,000 untuk dua hari berturut-turut berjaya menyuntik sentimen positif kepada pasaran ekuiti tempatan. -Gambar hiasan
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
Kos keseluruhan pembesaran LTAPP dianggar RM1.55 bilon, hampir keseluruhan dibiayai MAHB
Kos keseluruhan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dianggarkan RM1.55 bilion dengan hampir keseluruhannya akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Firma kajian positif tawaran RM11 sesaham untuk swastakan MAHB adalah terbaik
Pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada sumber dan visi pemberi tawaran bersama untuk pertumbuhan mampan, menjadikan cadangan itu menarik.
Kekejaman Zionis: Tidak banyak negara lantang seperti Malaysia - PM Anwar
Janganlah menggesa kerajaan membuat lebih daripada itu kerana menurutnya, semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, mereka juga tidak berbuat demikian.
MAHB catat 36.1 juta pergerakan penumpang dalam suku ketiga
Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 36.1 juta pergerakan penumpang pada suku ketiga 2024.
Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.
MAHB sahkan insiden lubang benam, tiada kerosakan harta awam dilaporkan
MAHB telah menutup kawasan tersebut dan sedang melakukan penilaian terhadap insiden itu.
Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA
Anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.
Trafik penumpang antarabangsa Lapangan Terbang Subang pada Ogos naik 25 peratus
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Subang (SZB) mencatat peningkatan trafik penumpang antarabangsa sebanyak 25 peratus pada Ogos 2024.