Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam proses perbincangan dengan 10 pihak yang berpotensi sebagai rakan dalam pemilikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG).
Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, pengendali lapangan terbang itu yang berminat untuk mengekalkan pemilikan majoriti ISG dalam jangka masa pendek, telah mewujudkan nilai penting dalam lapangan terbang berkenaan.
Ini, katanya, telah mengundang minat banyak pihak berikutan kesukaran mendapatkan aset berkualiti di luar negara.
"Tambahan pula MAHB merupakan sebuah syarikat antarabangsa dengan reputasi yang baik di peringkat perniagaan. Oleh itu, ramai yang berasa selesa untuk menjalankan perniagaan dengan kami," katanya pada taklimat media mengenai Perkembangan Perniagaan dan Prospek 2018 MAHB di sini, hari ini.
ISG mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM47.3 juta bagi suku ketiga tahun lepas namun Badlisham menjangkakan lapangan terbang itu akan mencatat semula keuntungannya pada tahun kewangan 2018.
Mengulas impak caj perkhidmatan penumpang (PSC), beliau berkata caj lebih tinggi pernah dikenakan tetapi terbukti tidak memberi kesan ketara terhadap permintaan perjalanan udara berikutan kadarnya yang rendah.
"Malah, kadar di sini adalah terendah di rantau ini. Walaupun berlaku kenaikan PSC antarabangsa pada tahun lepas, sektor itu sebaliknya mencatatkan peningkatan sebanyak 14 peratus.
"Kami sedia maklum mengenai sensitiviti membabitkan soal ini kerana siapa pun tidak sanggup berbelanja lebih, terutama bagi perjalanan domestik. Kerajaan juga sedaya upaya memastikan kadar itu rendah," katanya.
Selain itu, MAHB mengunjurkan perbelanjaan modalnya akan meningkat sebanyak 30 peratus untuk tempoh tiga tahun berikutnya sejajar usaha menambah baik, mengekalkan serta pengubahsuaian 10 lapangan terbang dalam rangkaiannya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana butiran sebenar akan dinyatakan dalam pengumuman keputusan kewangan syarikat bagi 2017.
Pada taklimat itu, Badlisham berkata MAHB akan memperuntukkan sejumlah RM52.5 juta tahun ini bagi tujuan penambahbaikan kemudahan dan pengubahsuaian enam lapangan terbang kecil (STOLports), termasuk pelaburan kira-kira RM42.1 juta untuk lapangan terbang di Sarawak. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 05 2018
Pesawat penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul, pada 5 Mac 2016. - REUTERS
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Saham MAHB tinggi susulan jangkaan pengumuman PSC baharu
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Bursa Malaysia didagangkan tinggi pada sesi awal hari ini.
Kadar PSC antarabangsa di klia2, lapangan terbang lain turun
Beliau berkata kadar PSC bagi sektor lain di semua lapangan terbang terbabit kekal iaitu RM35 bagi penumpang penerbangan ASEAN dan RM11 untuk penerbangan domestik.
AirAsia akan kemuka rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi
AirAsia Bhd akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak Permohonan Pembatalan oleh AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd berkaitan pembayaran PSC.
MAHB, kami tidak akan bersekongkol dalam skim bebankan rakyat - AirAsia
Prestasi MAHB yang lebih baik ini adalah atas sebab dominasi struktur dan menggambarkan MAHB sebagai satu struktur monopoli.
AirAsia gesa MAVCOM laksana PSC bagi lapangan terbang tertentu lebih cepat
Tan Sri Tony Fernandes berkata proses pengiraan tersebut, yang akan mencerminkan kemudahan yang terdapat di lapangan terbang masing-masing, boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
MAHB lancar portal bil untuk pelanggan, pembekal dan rakan perniagaan
Pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata portal tersebut akan membolehkan proses kewangan yang lebih cekap dan telus.
Malaysia Airlines sambut baik perubahan caj lapangan terbang
Awal tahun depan, caj lapangan terbang Kuala Lumpur akan menjadi sama untuk penerbangan domestik dan ASEAN dan pihak berkuasa merancang untuk penyamaan sepenuhnya menjelang 1 Januari 2018.