RHB Research menjangka Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan pertumbuhan pendapatan kukuh 13 peratus dalam tahun kewangan 2020, disokong oleh anggaran peningkatan lima peratus dalam kuantiti penumpang.
Pemulihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen juga dijangka menjadi pemangkin bagi pertumbuhan pendapatan, kata firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan hari ini.
RHB Research berkata ia mengekalkan saranan 'beli' bagi MAHB dengan harga sasaran pada RM9.25.
Pada 10.40 pagi hari ini, saham MAHB turun 10 sen kepada RM7.79 dengan 408,900 saham diniagakan.
"Risiko kepada saranan dan harga sasaran kami termasuklah trafik penumpang yang lemah daripada dijangkakan, pembatalan rangka kerja Asas Aset Kawal Selia (RAB) dengan model baharu yang dilutif pendapatan, keputusan negatif daripada kes mahkamah yang sedang berjalan dan penurunan ketara TRY (Lira Turki)," kata firma penyelidikan itu.
Melihat kepada harga saham MAHB ketika ini, RHB Research berkata kebanyakan ketidakpastian yang menyelubungi RAB atau rangka kerja lain telah diambil kira.
"Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubarkan dan fungsi-fungsinya akan diletakkan di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Walaupun ini bermakna akan membawa kepada ketidakpastian yang lebih tinggi bagi RAB, kami percaya penilaian semasa pada -1.16SD telah lebih mengatasi potensi berita negatif," kata firma itu.
Memandangkan RAB ditetapkan oleh MAVCOM, RHB percaya kebolehlaksanaan rangka kerja itu akan dikaji semula dengan melihat juga kepada model-model lain.
"Dalam tempoh terdekat ini, kami percaya Perjanjian Operasi semasa dijangka digunakan bagi tempoh enam bulan hingga 12 bulan akan datang, sementara menunggu model baharu bagi industri penerbangan," kata RHB Research.
Bernama
Fri Dec 13 2019

Memandangkan RAB ditetapkan oleh MAVCOM, RHB percaya kebolehlaksanaan rangka kerja itu akan dikaji semula dengan melihat juga kepada model-model lain. - Gambar fail
![AWANI Borneo [18/04/2021] - 11 kes positif | Perpaduan kaum | Kukuhkan Warisan? AWANI Borneo [18/04/2021] - 11 kes positif | Perpaduan kaum | Kukuhkan Warisan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900400/23621876161618746291809_640x360.jpg)
AWANI Borneo [18/04/2021] - 11 kes positif | Perpaduan kaum | Kukuhkan Warisan?
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: Tumpuan #AWANIBorneo 18 April 2021 - Satu kluster baharu libatkan sekolah menengah dikesan di Tatau. - Bazar Ramadan jadi wadah keharmonian kaum di Sabah. - Adakah kerjasama MUDA dan Warisan bakal jadi realiti?

COVID-19: Lapan kematian baharu, ini 5 tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham
Sebanyak 2,195 kes baharu COVID-19 direkodkan, jumlah kes keseluruhan kini 375,054 kes.

PKPD dilanjut, 131 individu dikompaun... ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut, Terengganu dilanjutkan sehingga 27 April, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kebanyakan negara hadapi masalah kewangan, defisit - Mustapa
Bagaimanapun, nisbah defisit daripada KDNK Malaysia iaitu enam peratus merupakan antara terendah berbanding negara-negara lain.

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

SOP haji lengkap akan diserah kepada MKN, KKM - Zulkifli
Setakat ini, Arab Saudi masih belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.

18 April 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

PKPD di 5 kawasan di Besut dilanjut sehingga 27 April - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut Terengganu bermula 21 sehingga 27 April depan.

Pengetua SMK Dato' Bentara Luar mohon maaf asingkan sukan ikut kaum
Pengetua SMK Dato Bentara Luar mengakui, pihaknya terlepas pandang isu perkauman dalam maklumat yang diedarkan kepada semua pelajar.

MAHB dijangka catat pendapatan kukuh bagi tahun kewangan 2020 - RHB
RHB Research menjangka MAHB mencatatkan pertumbuhan pendapatan kukuh 13 peratus dalam tahun kewangan 2020, disokong oleh anggaran peningkatan lima peratus dalam kuantiti penumpang.