Skip to main content

Dunia

White House dikenakan sekatan akses sementara susulan dua insiden keselamatan

Langkah keselamatan itu dikuatkuasakan selama kira-kira setengah jam sebelum operasi di White House kembali seperti biasa. - Foto fail/AP
Langkah keselamatan itu dikuatkuasakan selama kira-kira setengah jam sebelum operasi di White House kembali seperti biasa. - Foto fail/AP
Advertisement

WASHINGTON: White house dikenakan sekatan akses sementara pada Isnin susulan dua insiden keselamatan berhampiran Taman Lafayette, yang terletak di utara kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Dalam kejadian pertama, sebuah kereta terbabas ke laluan pejalan kaki dan melanggar papan tanda maklumat, manakala seorang individu bertindak melompat melepasi penghadang berhampiran bahagian barat laut taman itu dalam insiden berasingan.

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah kereta sedan berwarna perak memasuki laluan pejalan kaki di utara Taman Lafayette, yang terletak betul-betul di utara White House.

Advertisement

Pemandu kereta itu dilihat bergelut dengan pegawai Perkhidmatan Rahsia AS dan anggota Pengawal Kebangsaan.

"Pemandu itu bertindak agresif terhadap anggota penguat kuasa undang-undang, namun berjaya ditahan dengan segera," menurut kenyataan Perkhidmatan Rahsia AS yang dipetik NBC Washington.

Advertisement

Pada masa yang hampir sama, seorang lagi individu melompat melepasi penghadang berhampiran bahagian barat laut Taman Lafayette. Individu itu juga berjaya ditahan dengan segera.

Identiti kedua-dua individu terbabit serta motif tindakan mereka belum dapat dipastikan.

Langkah keselamatan itu dikuatkuasakan selama kira-kira setengah jam sebelum operasi di White House kembali seperti biasa.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement