awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah lepas, bebaskan Serba Dinamik, pengurusan tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2022
05:58 MYT
Mahkamah lepas, bebaskan Serba Dinamik, pengurusan tertinggi
Ia diputuskan selepas Serba Dinamik dan eksekutif tertingginya melaksanakan penyelesaian penuh kompaun mereka pada 9 Mei lalu yang dikenakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dengan jumlah keseluruhan RM16 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Berhad, pengurusan tertingginya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.
Keputusan itu dibuat semasa sebutan kes berkenaan yang berjalan secara berasingan di hadapan empat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pengurusan Kanan syarikat itu terdiri daripada Pengarah Eksekutif Bukan Bebas, Datuk Syed Nazim Syed Faisal; Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Azhan Azmi dan Timbalan Presiden Akaun dan Kewangan, Muhammad Hafiz Othman.
Ia diputuskan selepas Serba Dinamik dan eksekutif tertingginya melaksanakan penyelesaian penuh kompaun mereka pada 9 Mei lalu yang dikenakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dengan jumlah keseluruhan RM16 juta.
Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan dan pasport dikembalikan kepada semua tertuduh.
Pada 13 April, 2022, Serba Dinamik, Mohd Abdul Karim, Syed Nazim, Azhan dan Muhammad Hafiz dikenakan kompaun RM3 juta setiap seorang kerana mengemukakan maklumat palsu dalam penyata kewangan syarikat.
Muhammad Hafiz telah dikenakan kompaun tambahan RM1 juta kerana memalsukan rekod perakaunan anak syarikat Serba Dinamik, Serba Dinamik Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#Serba Dinamik Holdings Berhad
#Bursa Malaysia
#Mohd Abdul Karim Abdullah
#Syed Nazim Syed Faisal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan