Skip to main content

Dunia

PBB beri amaran El Nino boleh memburukkan krisis kelaparan

Selain El Nino, konflik turut menyumbang kepada ketidakjaminan makanan akut di 12 daripada 16 kawasan tumpuan krisis kelaparan, menurut laporan yang diterbitkan dua organisasi PBB. - Gambar hiasan/REUTERS
Selain El Nino, konflik turut menyumbang kepada ketidakjaminan makanan akut di 12 daripada 16 kawasan tumpuan krisis kelaparan, menurut laporan yang diterbitkan dua organisasi PBB. - Gambar hiasan/REUTERS

Ringkasan AI

  • WFP dan FAO memberi amaran kesan El Nino terhadap keterjaminan makanan di Afrika dan Amerika Tengah, dengan 16 kawasan kini tumpuan krisis kelaparan.
  • Menjelang Mac 2027, jutaan penduduk di Zimbabwe, Malawi, Mozambique dan Guatemala dijangka berdepan ketidakjaminan makanan akut yang teruk.
  • Lima kawasan termasuk Sudan dan Somalia dikategorikan amat membimbangkan, dengan konflik turut menyumbang kepada ketidakjaminan makanan di 12 kawasan tumpuan.
Advertisement

NAIROBI: Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) pada Jumaat memberi amaran mengenai kesan fenomena cuaca El Nino terhadap keterjaminan makanan di Afrika dan Amerika Tengah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Laporan yang diterbitkan oleh kedua-dua organisasi PBB itu mengenal pasti 16 kawasan tumpuan krisis kelaparan, meningkat daripada 13 pada Jun.

Menjelang Mac 2027, sehingga tiga juta penduduk di Zimbabwe, 2.6 juta di Malawi dan 1.8 juta di Mozambique diramalkan berdepan ketidakjaminan makanan akut yang teruk.

Advertisement

Musim penanaman pertama tahun ini di Koridor Kering Amerika Tengah merupakan yang paling kering dalam tempoh empat dekad, dengan kehilangan hasil tanaman melebihi 75 peratus di banyak kawasan, menurut laporan itu.

Di Guatemala sahaja, 3.2 juta penduduk dijangka berdepan ketidakjaminan makanan akut yang teruk antara Oktober 2026 dengan Februari 2027.

Advertisement

Bagaimanapun, selain El Nino, konflik turut menyumbang kepada ketidakjaminan makanan akut di 12 daripada 16 kawasan tumpuan krisis itu.

Lima kawasan dikategorikan sebagai amat membimbangkan, iaitu Sudan, Sudan Selatan, Somalia, beberapa kawasan di Nigeria dan Yaman.

Keadaan paling kritikal berlaku di Sudan dan Sudan Selatan, dengan risiko kebuluran dikenal pasti di kedua-dua negara itu, menurut laporan berkenaan.

El Nino turut menimbulkan risiko kesihatan, khususnya di kawasan yang mengalami peningkatan curahan hujan bermusim.

Di Somalia, kes kolera dan penyakit lain akibat air tercemar meningkat, menurut organisasi bantuan Doctors Without Borders (MSF).

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement