Majikan memberi kenaikan gaji dan bonus yang lebih rendah kepada eksekutif pada tahun ini, menurut Kajian Gaji Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2016.
Presiden MEF, Tan Sri Azman Shah Haron berkata kajian itu mengunjurkan prospek 2017 adalah suram.
Beliau berkata kajian melibatkan 280 syarikat itu menunjukkan jangkaan purata keseluruhan kenaikan gaji untuk eksekutif pada 2017 sebanyak 5.3 peratus berbanding 5.55 peratus pada 2016.
"Ia turut mengunjurkan kenaikan gaji untuk bukan eksekutif adalah lebih rendah iaitu 5.43 peratus pada 2017 berbanding 5.51 peratus pada 2016," katanya semasa pelancaran laporan kajian itu di sini, pada Khamis.
Azman Shah berkata unjuran purata bonus pada 2017 untuk eksekutif adalah lebih rendah iaitu 2.15 bulan (berbanding 2.3 bulan pada 2016) namun bonus yang lebih tinggi untuk bukan eksekutif iaitu 2.11 bulan (berbanding 1.97 bulan pada 2016).
Beliau berkata merujuk kepada hasil kajian itu, hanya 63 peratus daripada syarikat responden memberi bonus kepada eksekutif pada 2016 berbanding 74.4 peratus pada 2015.
Kajian itu juga mendapati 61.3 peratus daripada syarikat responden memberi bonus kepada bukan eksekutif pada 2016 berbanding 72.6 peratus pada 2015.
Selain kajian itu, Azman Shah turut melancarkan Kajian MEF Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kajian MEF Mengenai Pengurusan Pekerja Semasa Kelembapan Ekonomi, Kajian Faedah Sampingan MEF 2016 serta Analisis Perjanjian dan Ganjaran Terkumpul MEF bagi Terma dan Syarat Penggajian 2015. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016
Kajian melibatkan 280 syarikat itu menunjukkan jangkaan purata keseluruhan kenaikan gaji untuk eksekutif pada 2017 sebanyak 5.3 peratus. - Gambar hiasan
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
Abang Johari memaklumkan nama dua anak mendiang Joanna akan didaftarkan di yayasan sarawak`bagi mendapat sokongan pendidikan.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Gaji minimum: 95 peratus benefisiari adalah pekerja asing
Langkah kerajaan meningkatkan gaji minimum akan memberi kesan terhad kepada ekonomi dan gaji minimum yang lebih tinggi akan memberi manfaat kepada pekerja asing.
Majikan beri kenaikan gaji dan bonus lebih rendah
Majikan memberi kenaikan gaji dan bonus yang lebih rendah kepada eksekutif pada tahun ini, menurut Kajian Gaji Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2016.