awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan tidak sampaikan subsidi upah akan dikena tindakan - Tengku Zafrul

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/06/2020
06:07 MYT
Majikan tidak sampaikan subsidi upah akan dikena tindakan - Tengku Zafrul
Setakat 19 Jun lalu, sebanyak RM4.89 bilion Program Subsidi Upah telah diluluskan yang memanfaatkan lebih 2.40 juta pekerja.
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang tidak menyampaikan subsidi upah yang dipohon kepada pekerja masing-masing.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, majikan tidak sepatutnya mengambil kesempatan dan menganiaya pekerja mereka.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan sedemikian dan tindakan lanjut sedang diambil.
"Ini adalah pelanggaran syarat-syarat dan saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap majikan-majikan ini.
"Saya berharap bantuan rangsangan ekonomi ini tidak disalah guna dan majikan lebih bertanggungjawab. Jangan ambil kesempatan dan jangan menganiaya pekerja anda" katanya.
Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam siaran langsung di laman Facebooknya pada Selasa.
Jelas beliau setakat 19 Jun lalu, sebanyak RM4.89 bilion Program Subsidi Upah telah diluluskan yang memanfaatkan lebih 2.40 juta pekerja.
Katanya, majikan sudah boleh membuat permohonan untuk program Subsidi Upah yang telah ditambah baik mulai 15 Jun lalu.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata sebanyak 34,246 permohonan diterima membabitkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Daripada jumlah tersebut, Tengku Zafrul berkata sebanyak 8,489 permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM56.8 juta bagi caruman KWSP majikan, setakat 19 Jun.
“Ini adalah peningkatan daripada RM47.9 juta minggu lalu.
“Bagaimanapun, dengan pembukaan ekonomi secara berperingkat sejak 4 Mei 2020, jumlah ini dijangka akan berkurangan pada bulan-bulan akan datang,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#EPF
#KWSP
#PENJANA
#PKS
#PRIHATIN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan