Pembuat pesawat, Airbus, menjalin usaha sama dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB) bagi menyediakan komponen sokongan 'Flight Hour Services' (FHS) bagi barisan enam pesawat baharu A350 XWB syarikat penerbangan itu, serta kumpulan 18 pesawat A330 sedia ada.
Perjanjian itu ditandatangani semasa Pameran Udara Paris hari ini oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Program Airbus Didier Evrard.
Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat itu berkata perjanjian jangka panjang itu meliputi jaminan kesediaan alat ganti yang luas untuk A350 XWB dan unit penggantian A330 selain perkhidmatan penyelenggaraan dan logistik di pangkalan utama MAB dan lokasi luar terpilih.
"Perjanjian FHS dengan MAB akan meningkatkan kehadiran perkhidmatan oleh Airbus di Malaysia, yang termasuk kemudahan penyelenggaran dan baik pulih menyeluruh (Sepang Aircraft Engineering) anak syarikat perkhidmatan pelanggan yang menawarkan khidmat reka bentuk dan modifikasi kejuruteraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2017
Perjanjian itu ditandatangani semasa Pameran Udara Paris hari ini oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Program Airbus Didier Evrard. - Gambar hiasan
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Airbus jangka permintaan sebanyak 400 pesawat berbadan lebar di Apac dalam masa 20 tahun akan datang
Pengeluar pesawat Airbus meramalkan permintaan kira-kira 400 pesawat berbadan lebar di Asia Pasifik (Apac) dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Airbus bangunkan mesin pencetak 3D logam untuk Stesen Angkasa Antarabangsa
Airbus akan membangunkan dua mesin pencetak 3D ini untuk tujuan penyelidikan terlebih dahulu.
Pesawat Latam Airlines mendarat tanpa tayar di Sao Paulo
Pendaratan selamat dilakukan, dan juruterbang membawa pesawat ke landasan diiringi oleh kenderaan kecemasan.
MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya.
Tempahan 500 pesawat Airbus IndiGo cipta rekod baharu
Syarikat penerbangan terkemuka India mencipta rekod baharu untuk perjanjian pembelian terbesar dalam sejarah penerbangan komersial, umum Airbus pada Isnin.
Airbus rekod penghantaran paling kukuh pada Mei
Pengeluar pesawat terbesar dunia Airbus menyerahkan lebih banyak jet komersial pada Mei berbanding bulan lain sejak awal tahun, walaupun mengalami kekurangan alat ganti baru-baru ini.
Nahas pesawat A330: Air France, Airbus mengaku tidak bersalah
Pengakuan tidak bersalah itu dibuat sejurus selepas nama kesemua mangsa dibacakan di Mahkamah Jenayah Paris.
Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG) telah memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu.
Airbus sasar 40 tempahan helikopter baharu dari APAC termasuk enam dari Malaysia
Pengeluar dan penyedia penyelesaian helikopter, Airbus Helicopters menyasarkan untuk menerima 40 tempahan baharu dari rantau APAC tahun ini, termasuk jangkaan sehingga enam tempahan dari Malaysia.