KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengutamakan dalam menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan di negara ini untuk menarik pelaburan berkualiti, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata kerajaan akan terus memperkemas proses dan memantau serta menjejaki proses pelaburan ini dengan teliti dan dalam masa sebenar menerusi unit pengurusan dan penyampaian projek dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Kami akan melakarkan perjalanan pelaburan, daripada meluluskan kelulusan di peringkat kerajaan persekutuan kepada memudahkan di peringkat pihak berkuasa negeri dengan garis masa yang jelas.
"Pencapaian dan penjejakan penyampaian lain yang berkaitan untuk memudahkan perniagaan merealisasikan pelaburan mereka di Malaysia," katanya dalam menyampaikan ucaptama pada Seminar mengenai Peluang Perniagaan di Malaysia yang diadakan di Korea Selatan, semalam.
Seminar itu adalah program pertama yang dianjurkan bersama oleh agensi MITI; Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Korea Selatan dari 14-17 Mac.
Tengku Zafrul menegaskan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai tawaran dalam hal perniagaan dengan kumpulan pekerja bermahiran dan asas ekonomi yang kukuh yang properniagaan, berhemat dan dasar pragmatik.
Dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bagi sektor keutamaan, insentif cukai khas untuk penempatan semula telah dilanjutkan selama dua tahun sehingga 2024.
"Dengan insentif ini, saya percaya ia akan terus menarik pelabur dalam sektor keutamaan untuk menempatkan semula perniagaan mereka ke Malaysia dan memacu pertumbuhan jangka panjang kami melalui pelaburan berkualiti, pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti," katanya.
Beliau berkata semua perkembangan ini memberi petanda baik untuk pelaburan dari Korea Selatan khususnya dalam bidang teknologi tinggi, inovasi, industri berasaskan pengetahuan dan kemahiran intensif untuk meneroka memanfaatkan dan menyepadukan dengan rantaian bekalan domestik Malaysia, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi di Malaysia dan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata antara isu yang dibincangkan dengan Menteri Perdagangan Korea Selatan, Ahn Duk-geun adalah untuk memanfaatkan industri hijau dan digital untuk mengukuhkan bukan sahaja kerjasama serta penglibatan antara sektor swasta tetapi juga kerajaan-kepada-kerajaan.
"Mungkin, kita perlu mengadakan mesyuarat rasmi tahunan antara kedua-dua negara dalam hal perdagangan dan pelaburan.
"Korea Selatan mempunyai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan ASEAN, mungkin juga kita harus melihat bagaimana Korea Selatan dan Malaysia boleh mengembangkannya," katanya dalam video berdurasi lima minit yang disediakan kepada Bernama.
Korea Selatan merupakan rakan dagangan kelapan terbesar bagi Malaysia dengan jumlah perdagangan berjumlah US$26.01 bilion (uS$1=RM4.48) pada 2022, meningkat 29.7 peratus berbanding US$21.01 bilion pada 2021.
Daripada segi pelaburan, Korea Selatan merupakan salah satu sumber pelaburan langsung asing utama Malaysia dalam sektor pembuatan dengan 374 projek bernilai US$9.2 bilion sedang dilaksanakan dan menjana 46,260 pekerjaan setakat Jun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Tengku Zafrul dan Ahn Duk-geun mengadakan pertemuan di Seoul, 14 Mac 2023. - Foto Facebook Tengku Zafrul
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.
Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.
Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.
Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.
Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.
Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.
MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.
MITI optimis capai sasaran RM63 bilion eksport halal menjelang 2025 - Tengku Zafrul
MITI kekal optimis dalam mencapai sasaran eksport halal Malaysia sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 berdasarkan pencapaian memberangsangkan berjumlah RM60 bilion tahun lepas.
NIMP 2030 laluan kepada peningkatan selanjutnya perindustrian Malaysia - Tengku Zafrul
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan, menawarkan manfaat menyeluruh kepada pelbagai pihak berkepentingan.