Malaysia aktif melaksanakan pembaharuan dalam pasaran tenaga untuk meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan tenaga, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini.
Beliau berkata kerajaan terus berusaha meningkatkan pembaharuan dalam pasaran tenaga walaupun statusnya sebagai pembekal gas asli cecair (LNG) terbesar di dunia, serta kedudukan strategiknya dalam menyediakan penyelesaian kepada pasaran baharu yang mencari akses kepada tenaga bersih dan moden.
"Malaysia bukan sahaja sudah bersedia untuk memenuhi peningkatan permintaan tenaga, bahkan mendepani dalam peralihan tenaga, dan pada masa yang sama memastikan masa depan yang lebih hijau dan bersih untuk generasi akan datang.
"Menerusi peluang-peluang pelaburan, tindakan yang telah kami perkenal akan menyediakan ekosistem yang sihat dan kondusif untuk kegiatan perniagaan," katanya dalam ucapan khasnya pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-20 (AOGC) 2019 hari ini.
Beliau juga berkata Malaysia berminat untuk bekerjasama selain mempunyai sikap terbuka untuk perkongsian sama-sama menang di kawasan pertumbuhan baharu dalam meneuskan tenaga baharu masa depan.
Mohamed Azmin berkata minyak dan gas serta produk petroleum dan petrokimia menyumbang 21 peratus daripada jumlah eksport Malaysia, bernilai RM211 bilion pada 2018.
Mengenai kesan perang perdagangan AS-China ke atas sektor itu, beliau berkata Malaysia terus mengalami pertumbuhan yang ketara dalam permintaan tenaga, terutama penjanaan kuasa.
"Malaysia akan mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan dan pelaburan apabila perang perdagangan AS-China dijangka meningkatkan ketidaktentuan pasaran, namun secara menyeluruh, kita menyaksikan prospek perdagangan yang suram jika perang perdagangan tidak dapat diselesaikan.
"Namun, dalam arus perdana ekonomi global, Malaysia perlu kekal cergas dan berupaya untuk menjangkakan persekitaran luaran yang sangat mencabar dan cepat berubah," katanya.
Beliau berkata sebagai ekonomi pesat membangun, Malaysia perlu merintis sektor pertumbuhan baharu untuk memacu pelaburan dan pembangunan kapasiti.
"Ini selari dengan aspirasi untuk mencapai kemakmuran bersama, pembangunan inklusif ekonomi domestik penting untuk merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat ruang pameran semasa hadir pada Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Turut hadir Mohamed Azmin (dua, kiri) - fotoBERNAMA
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Malaysia aktif teruskan pembaharuan pasaran tenaga untuk tarik pelaburan - Azmin
Malaysia aktif melaksanakan pembaharuan dalam pasaran tenaga untuk meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan tenaga, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.