awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
JKNK rekod lebih 11,000 kes HFMD di Kelantan setakat Jun
DUNIA
10 teknologi baharu 2025 bakal ubah masa depan bandar, kesihatan dan tenaga
BISNES
Perkhidmatan EV khas Grab Malaysia pertingkat agenda mobiliti, kemampanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Malaysia antara 32 negara mempunyai pusat data AI – 90% milik AS, China

Amanz
Amanz
24/06/2025
05:00 MYT
Sponsor Banner
Malaysia antara 32 negara mempunyai pusat data AI – 90% milik AS, China
Dianggarkan 85-90% pusat-pusat data AI menggunakan cip NVIDIA yang berpangkalan di AS. Pusat data AI utama dunia masih tertumpu di AS, China dan Eropah. Di benua Afrika dan Amerika Selatan pula, ia hampir tidak wujud. = Gambar hiasan/Amanz
PELABURAN ke dalam pembinaan pusat data kecerdasan buatan (AI) sedang pesat dilakukan oleh negara-negara yang mempunyai aspirasi menjadi kuasa besar dalam teknologi yang masih setahun jagung ini.
Malaysia antara yang menerima tempias positif dengan beberapa pusat data AI dibangunkan di Johor sejak dua tahun kebelakangan ini.
Dalam kajian terkini yang dilakukan oleh Oxford University, ini meletakkan Malaysia dalam kumpulan kecil negara dunia yang mempunyai pusat data AI.
Secara keseluruhan, 32 negara dunia mempunyai pusat data AI atau bersamaan 16% daripada jumlah negara-negara yang wujud di muka bumi.
Sungguhpun begitu, kajian sama mendapati 90% pusat-pusat data dunia dipegang oleh syarikat dari Amerika Syarikat dan China.
Ini tidak mengejutkan kerana hanya dua negara ini mempunyai kemampuan teknologi menghasilkan perkakasan AI domestik.
Microsoft, AWS dan Google adalah tiga syarikat utama dari Amerika Syarikat sementara Alibaba, Huawei dan Tencent pula dari China.
Dianggarkan antara 85-90% pusat-pusat data ini menggunakan cip NVIDIA yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Pusat data AI utama dunia masih tertumpu di Amerika Syarikat, China dan Eropah.
Di benua Afrika dan Amerika Selatan pula, ia hampir tidak wujud.
Ini memaksa penyelidik di kedua-dua negara menggunakan perkhidmatan AI awanan luar negara yang meningkatkan kos operasi serta membawakan persoalan mengenai keselamatan data yang disimpan.
Antara isu yang dibangkitkan ialah syarikat China yang menawarkan perkhidmatan awanan di Malaysia tertakluk bukan sahaja kepada undang-undang Malaysia tetapi juga undang-undang China yang memberikan pihak berkuasa akses kepada data yang disimpan di luar negara.
Ini adalah antara sebab mengapa data TikTok pengguna Amerika Syarikat dipindahkan ke pelayar milik Oracle beberapa tahun lalu.
Topic Berkaitan
#pusat data
#kecerdasan buatan
#Amerika Syarikat
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami