awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia antara 4 negara dijemput sertai OPEC

Bernama
Bernama
06/07/2023
07:50 MYT
Malaysia antara 4 negara dijemput sertai OPEC
OPEC berharap dapat menambah bilangan negara anggotanya kepada negara yang mempunyai objektif strategik yang sama untuk memulihara dan menstabilkan pasaran minyak. - Gambar fail/ EPA
VIENNA: Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah berunding dengan empat negara supaya menyertai organisasi itu, kata Setiausaha Agungnya Haitham Al Ghais.
Empat negara itu ialah Azerbaijan, Malaysia, Brunei dan Mexico.
Dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM) di luar Seminar Antarabangsa kelapan OPEC yang bermula di Vienna Rabu, Al Ghais berkata perundingan dengan negara baharu akan menyumbang kepada pengukuhan perpaduan OPEC.
Beliau berkata OPEC berharap dapat menambah bilangan negara anggotanya kepada negara yang mempunyai objektif strategik yang sama untuk memulihara dan menstabilkan pasaran minyak.
Setiausaha Agung OPEC berkata empat negara yang terlibat dalam rundingan itu telah bersama organisasi itu sejak 2017, sambil menambah bahawa "mereka telah melalui cabaran kualitatif semasa kejatuhan pasaran dan wabak pada 2020, oleh itu semua negara ini mempunyai matlamat penting yang sama untuk menstabilkan pasaran minyak".
Organisasi itu kini mempunyai 13 negara anggota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OPEC
#Malaysia
#pengeluar minyak
#pasaran minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan