awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan

Bernama
Bernama
25/10/2024
03:50 MYT
Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) menyertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) menyertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
Dalam satu kenyataan, syarikat induk Malaysia Airlines itu berkata, CAN berusaha memperkasakan ahlinya dalam membentuk model perniagaan yang bersedia untuk masa hadapan dengan strategi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) bersepadu.
Ia didorong oleh aliran kerja CAN, kumpulan kerja berdedikasi dan kerjasama ahli yang aktif.
"Sebagai sebahagian daripada penglibatannya, MAG akan secara aktif menyumbang kepada aliran kerja Diversity Equity Inclusion (DEI).
"Inisiatif ini akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk rakan kongsi rantaian bekalan, pengawal selia dan penggubal dasar, kerajaan, serta rakan merentasi pelbagai sektor untuk menjalin kerjasama yang komited terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan pembangunan mampan," katanya.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, penyertaan dalam aliran kerja DEI CAN melengkapkan misi meluas MAG untuk memperkasakan perwakilan wanita dalam tenaga kerja dan sektor penerbangan.
"Kami berbesar hati untuk mencapai kemajuan besar dalam aspek ini, apabila melepasi sasaran 35 peratus keseluruhan penyertaan wanita dalam tenaga kerja kami setakat ini, dengan 50 peratus dalam jawatan pengurusan kanan," katanya.
Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, kumpulan akan terus memantau dan melaporkan kemajuan inisiatif utama yang sedang dilaksanakan melalui laporan kemampanan tahunannya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Aviation Group
#CEO Action Network
#Malaysia Airlines
#Kapten Izham Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan