Skip to main content

Malaysia

Harimau Malaya kekal ranking ke-133 dunia

Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia. - Gambar Facebook FAM
Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia. - Gambar Facebook FAM
Advertisement

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kekal menghuni tangga ke-133 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu menyaksikan skuad kebangsaan mengumpul 1,103.07 mata selepas mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 baru-baru ini.

Dalam dua perlawanan berkenaan, Harimau Malaya mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan apabila tewas 0-2 kepada China sebelum bangkit menewaskan Yemen 2-1.

Advertisement

Kedua-dua perlawanan itu berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, China.

Sementara itu, kedudukan tiga pasukan teratas dunia kekal tidak berubah dengan Sepanyol terus menerajui ranking FIFA selepas mengumpul 2,004.48 mata.

Advertisement

Argentina mengekori di tangga kedua dengan 1,966.13 mata, diikuti Perancis di tempat ketiga dengan 1,950.82 mata.

Kemas kini ranking FIFA seterusnya dijadualkan pada 18 Dis ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement