Menjelang sidang COP21 di Paris, Malaysia berhasrat mengurangkan intensiti pengeluaran gas rumah hijau (GHG) bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke 45 peratus menjelang tahun 2030.
Menurut komitmen yang disampaikan kepada PBB, kadar berkenaan adalah berdasarkan intensiti pelepasan pada KDNK tahun 2005.
Ini merangkumi 35 peratus pengurangan tanpa syarat dan 10 peratus dengan syarat penerimaan pindahan teknologi dan bantuan daripada negara maju.
Komitmen ini adalah untuk tempoh 10 tahun bermula daripada tahun 2021.
Sebanyak lima sektor dikenal pasti terlibat dalam pelan ini antaranya, sektor tenaga, pertanian dan penggunaan tanah.
Sementara itu, kerajaan Malaysia akan memberi tumpuan dalam meningkatkan kelesterian dan daya tahan pertumbuhan hijau dalam Rancangan Malaysia ke-11.
Menurut Malaysia, antara cabaran utama termasuk kos teknologi tenaga boleh diperbaharui dan modal pengangkuaan awam yang tinggi.
Pritha Manivannan
Mon Nov 30 2015
Sektor pertanian adalah antara lima sektor yang terlibat dalam pelan Malaysia untuk mengurangkan intensiti pengeluaran gas rumah hijau. - Gambar hiasan/Bernama
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Malaysia berhasrat kurangkan intensiti pengeluaran gas rumah hijau
Malaysia berhasrat mengurangkan intensiti pengeluaran gas rumah hijau (GHG) bagi KDNK ke 45 peratus menjelang 2030.