Malaysia bersedia untuk memerangi isu pelabelan 'tanpa minyak sawit' di rantau Eropah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
"Kita akan berusaha habis-habisan bertindak dengan bertemu pelbagai negara (Kesatuan Eropah)," kata beliau kepada media Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga hari di sini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga akan bekerjasama dengan Indonesia untuk berbincang dengan anggota Kesatuan Eropah bagi menangani isu-isu pelabelan tanpa minyak sawit.
Beliau berkata Malaysia tidak boleh membiarkan negara-negara berkenaan menjejaskan prospek hasil tanaman Malaysia di rantau ini dan dengan itu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Majlis Minyak Sawit Malaysia akan berusaha mengenainya.
Menurut beberapa laporan, terdapat kira-kira 1,500 produk dengan label tiada minyak sawit di Perancis, Belgium dan Itali.
Pelabelan sedemikian boleh dikategorikan sebagai sekatan bukan perdagangan dan langkah untuk menyekat akses pasaran bagi minyak sawit.
Perdana Menteri juga mengadakan perbincangan berhubung isu yang sama dengan Canselor Jerman, Angela Merkel dalam pertemuan dua hala pada Selasa.
Najib menjelaskan kepada beliau bahawa Malaysia mengamalkan pembangunan lestari industri sawit dan tiada dasar "tebang dan bakar".
Perdana Menteri turut mempelawa penggubal undang-undang Jerman untuk melihatnya sendiri.
Najib berkata Merkel memberi jaminan kepada Malaysia bahawa Jerman tidak mempunyai rancangan untuk mengenakan sebarang cukai ke atas minyak sawit.
"Mereka (Jerman) juga tidak akan menyokong sebarang amalan pelabelan tanpa minyak sawit di Jerman," kata Perdana Menteri. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2016

Menurut beberapa laporan, terdapat kira-kira 1,500 produk dengan label tiada minyak sawit di Perancis, Belgium dan Itali. - Gambar hiasan

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Lebih 81 hektar hutan terbakar di Thailand
Ratusan anggota bomba dan askar di Thailand sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang terletak kurang 100 kilometer (km) dari ibu negara, Bangkok.

Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.

"Nothing to hide" - Tun M jawab isu pajakan tanah di Langkawi
-Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari kerajaan Persekutuan atau negeri."

Langgar SOP: "YB Pekan sentiasa dalam perhatian saya" - Khairy
Khairy Jamaluddin menegaskan beliau sentiasa memantau prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tun M perli Ahli Parlimen berdepan kes mahkamah berucap panjang di Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kumpulan itu lebih mementingkan ucapan di Dewan Rakyat, berbanding menghadiri penghakiman di mahkamah.

Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020
Berikut adalah antara berita yang menjadi perhatian sepanjang bulan Julai.

Isu Felda: Lebih banyak nama muncul dalam siasatan - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan lebih banyak laporan polis akan dibuat terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa FELDA.

Zeti berhak ambil tindakan guaman terhadap Najib
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhak ambil tindakan guaman terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaannya mengenai dana RM2.6 bilion.

Penamaan calon ditutup, BN peroleh kemenangan pertama
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding.

Bersih: Polis siap sedia kawal perhimpunan depan Parlimen - KPN
Polis juga mengesahkan tidak mengeluarkan sebarang permit dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu esok.

Najib tegaskan hutang Kerajaan persekutuan bukan di paras bahaya
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kekeliruan dan fitnah berkenaan hutang Kerajaan Persekutuan berada di paras berbahaya, adalah tidak benar.