Skip to main content

Bisnes

Malaysia bina fasiliti polisilikon pertama Asia Tenggara di Sarawak

 OCI TerraSus
Fasiliti pembuatan polisilikon gred semikonduktor pertama Asia Tenggara akan dibangunkan di Bintulu, Sarawak. - Foto OCI TerraSus

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal membangunkan fasiliti pembuatan polisilikon gred semikonduktor pertama di Asia Tenggara yang akan beroperasi di Bintulu, Sarawak sebagai usaha memperkukuh kedudukan dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

Inisiatif ini digerakkan melalui kerjasama antara Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC), cabang sektor swasta di bawah World Bank Group, dan OCI TerraSus Sdn Bhd (OCI TRS).

Advertisement

Di bawah kerjasama tersebut, IFC akan menyediakan pinjaman sehingga AS$125 juta bagi menyokong pembinaan fasiliti berteknologi tinggi itu, yang dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri semikonduktor negara.

Fasiliti berkenaan akan menggunakan tenaga bersih dan boleh diperbaharui serta menghasilkan bahan mentah kritikal bagi pembuatan wafer silikon dan cip semikonduktor, komponen utama dalam teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI).

Image
OCI TerraSus
 Lee Woo Hyun

Menurut Pengerusi OCI Holdings, Lee Woo Hyun, kerjasama itu bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan infrastruktur, malah turut memperkukuh amalan tadbir urus, keupayaan ESG serta daya saing jangka panjang syarikat di peringkat global.

“Seiring peningkatan permintaan terhadap semikonduktor dan AI, kepentingan bahan berketulenan tinggi akan terus meningkat.

"Kerjasama ini mengukuhkan keyakinan kami terhadap Malaysia sebagai rakan strategik dalam rantaian nilai global,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Negara IFC bagi Malaysia, Judith Green berkata, projek tersebut mencerminkan komitmen Malaysia untuk bergerak ke arah industri pembuatan bernilai tambah tinggi yang mampu menjana peluang pekerjaan berkualiti.

“Ini juga merupakan projek pertama IFC di Sarawak, dan kami teruja untuk menyokong aspirasi Malaysia dalam memperkukuh kedudukan dalam rantaian bekalan global,” katanya.

Image
OCI TerraSus
Fasiliti ini akan dibangunkan melalui usaha sama dengan syarikat Jepun, Tokuyama Corporation.

Fasiliti ini akan dibangunkan melalui usaha sama dengan syarikat Jepun, Tokuyama Corporation, sekali gus mengukuhkan lagi peranan Malaysia dalam ekosistem semikonduktor global.

Langkah ini dilihat selari dengan strategi negara untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi serta meningkatkan daya tahan ekonomi, khususnya dalam sektor kritikal yang menjadi tunjang kepada ekonomi digital global.

Must Watch Video