KUALA LUMPUR: Pasaran pekerjaan Malaysia merekodkan pertumbuhan 31% dalam aktiviti pengambilan pekerjaan pada Jun 2022.
Indeks Pekerjaan Monster (MEI) menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak 15% untuk aktiviti pengambilan pekerjaan untuk tempoh enam bulan lalu manakala dari bulan ke bulan, terdapat peningkatan sebanyak 5% kepada permintaan berterusan dalam pasaran pekerjaan.
Walaupun berlaku sekatan sebelum ini selain kenaikan harga barang dan kekurangan tenaga pekerja, industri peruncitan Malaysia bergerak ke arah pemulihan dengan baik selepas merekodkan pertumbuhan sebanyak 321% tahun ke tahun dalam aktiviti pekerjaan pada Jun 2022.
Selain itu, jualan runcit di negara ini diunjurkan berkembang pada kadar 25.7% pada suku semasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com - APAC & Gulf, Sekhar Garisa berkata, kebanyakan syarikat sedang meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang digital bagi memenuhi keperluan di peringkat global.
"Pasaran pekerjaan di Malaysia telah mula mencatatkan pengembangan terutama sektor yang terjejas teruk sebelum ini seperti pelancongan, hospitaliti dan peruncitan.
"Dengan cara kerja yang lebih fleksibel dalam pasaran pekerjaan, kami optimis untuk melihat ia terus berkembang pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Segmen hospitaliti (meningkat 65%) juga menyaksikan aliran masuk besar permintaan untuk profesional dalam industri pelancongan dengan kadar penembusan pengguna menghampiri tahap sebelum pandemik.
Segmen logistik, pengangkutan, perkapalan dan marin (naik 51%) juga mencatatkan lonjakan besar dalam aktiviti pengambilan pekerjaan diikuti sektor perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans (BFSI) sebanyak 32%.
Antara sektor yang menjanjikan perkembangan positif pada Jun 2022 termasuk sektor pembuatan dan automotif yang mencatatkan peningkatan 4% diikuti teknologi maklumat dan telekomunikasi (peningkatan 5%), pengiklanan dan media (peningkatan 16%) dan kejuruteraan, pembinaan dan hartanah (penigkatan 19%). - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jul 15 2022
Pasaran pekerjaan Malaysia merekodkan pertumbuhan 31% dalam aktiviti pengambilan pekerjaan pada Jun 2022. -Gambar hiasan/Dagang News
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata positif - Media Mesir
Kemajuan ketara dicapai dalam rundingan gencatan senjata mengenai konflik Gaza yang berlangsung sejak Sabtu lalu, laporan media Mesir.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama bantuan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dengan keseluruhan 100 kontena melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM12 juta, bermula pada Isnin. Laporan Afiezy Azaman dari Kaherah, Mesir.
Penang FC nyatakan solidariti terhadap Akhyar, Faisal
Pulau Pinang menyatakan solidariti bersama pemain-pemain ini dan berharap mereka dapat menerima rawatan yang sewajarnya dan akan pulih.
Polis jangka 'deefake' libat ahli politik meningkat
Polis menjangkakan jenayah penggunaan imej palsu menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) deepfake membabitkan ahli politik akan meningkat.
Jenayah Komersial di Malaysia meningkat 95.2 peratus dalam tempoh 5 tahun
Jenayah Komersial menyaksikan peningkatan sehingga 95.2 peratus dalam tempoh lima tahun.
Berusia 30 tahun ke atas, aktif media sosial, pendapatan kukuh jadi sasaran
Mereka yang berusia 30 tahun ke atas, aktif di media sosial dan mempunyai pendapatan kukuh merupakan sasaran sindiket penipuan jenayah komersial.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
DOSM jangka prospek ekonomi lebih baik dalam masa terdekat
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Modal insan yang berdaya tahan memacu kecemerlangan tenaga buruh dalam wadah Malaysia MADANI
Agenda pemerkasaan tenaga kerja tempatan amat sinonim dengan kesinambungan kegemilangan negara yang digarap dalam konsep Malaysia MADANI.
Malaysia catat pertumbuhan 31% untuk pasaran pekerjaan bagi Jun 2022
Indeks Pekerjaan Monster menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak 15% untuk aktiviti pengambilan pekerjaan untuk tempoh enam bulan lalu.
Malaysia catat purata pertumbuhan gaji 3.2 peratus antara suku pertama dan suku ketiga 2021
JobStreet berkata laporan itu berdasarkan data yang dikumpul antara suku pertama dan suku ketiga 2021 berbanding tiga suku tahun yang sama pada 2020.
Hari Belia Negara 2021: Aspirasi belia dalam citra masa hadapan
Survei Jabatan Perangkaan mendapati situasi tenaga buruh pada Mac 2021 menunjukkan pemulihan apabila bilangan tenaga buruh naik 0.2 peratus.
Kerajaan jangka gaji permulaan siswazah meningkat menjelang pertengahan tahun ini - Mustapa
Mustapa mengakui gaji diterima lulusan universiti tahun lepas jauh lebih rendah susulan penularan pandemik COVID-19.
Penguasaan bahasa Inggeris penting hadapi era siber
Beliau berkata banyak lepasan universiti tidak mendapat pekerjaan kerana tidak mampu membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris, terutama mereka daripada jurusan sains sosial.
Langkah rangsangan ekonomi AS tidak akan ditamatkan
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat tidak bercadang menamatkan program ransangan ekonominya memandangkan pasaran pekerjaan masih lemah.