Malaysia menduduki tangga ke 22, mendahului Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Belgium bagi Laporan Daya Saing Dunia 2019 keluaran IMD World Competitiveness Centre (WCY) 2019.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata Malaysia merekodkan skor 82.54 daripada 100 mata sekaligus mencerminkan sentimen positif komuniti perniagaan terhadap kerajaan baharu.
"Laporan itu menunjukkan penambahbaikan dalam petunjuk berkaitan institusi seperti sogokan dan rasuah, ketelusan, birokrasi, keadilan, perpaduan sosial dan kewangan awam dari segi kedudukan dan nilai berbanding tahun sebelumnya.
"Semua petunjuk ini meningkat dalam skor nilai lebih daripada 10 peratus, dalam jajaran antara 10.8 peratus dalam kewangan awam kepada 31.1 peratus dalam sogokan dan rasuah," katanya dalam satu kenyataan.
WCY 2019 menilai ekonomi berdasarkan kepada empat faktor input daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan prasarana dengan setiap satu merangkumi lima sub-faktor.
Tambah Darell persekitaran luaran yang mencabar tahun lepas sedikit sebanyak memberi kesan kepada daya saing ekonomi-ekonomi lebih kecil termasuk Malaysia.
Selain itu perkembangan antarabangsa lain seperti penutupan kerajaan Amerika Syrikat (AS), ketidakpastian dasar monetarinya serta kelembapan ekonomi China dan perang dagang China-AS turut menjejaskan ekonomi global.
Najib Aroff
Wed May 29 2019
WCY 2019 menilai ekonomi berdasarkan kepada empat faktor input daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan prasarana dengan setiap satu merangkumi lima sub-faktor.
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
Darell temui rakan sejawat, CEO di WEF di Davos
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dijadualkan bertemu dan berbincang mengenai isu-isu perdagangan dua hala dan pelaburan dengan rakan sejawatnya dari Switzerland.
Malaysia dahului Jepun bagi laporan berdaya saing 2019
Malaysia merekodkan skor 82.54 daripada 100 mata sekaligus mencerminkan sentimen positif komuniti perniagaan terhadap kerajaan baharu.
"Setiap negara ASEAN perlu fokus satu industri utama bagi memacu ekonomi perdagangan serantau" - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar anggota negara ASEAN sekurang-kurangnya mempunyai satu sektor industri utama yang bakal memacu ekonomi rantau itu.
Mudahkan 'raja-raja' teknologi masuk ke Malaysia - Darell
Hasrat itu dinyatakan oleh Darell selepas bertemu dan mengadakan perbincangan bersama pelabur-pelabur asing daripada pelbagai sektor yang berhimpun di Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2019 di Davos.
MITI janji bantu pereka tempatan eksport produk ke seluruh dunia
Leiking menggesa pereka tempatan untuk terus bersaing dengan jenama produk antarabangsa untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia.