awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia di landasan tepat capai pertumbuhan 5.3-6.3 peratus tahun ini - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
15/08/2022
04:10 MYT
Malaysia di landasan tepat capai pertumbuhan 5.3-6.3 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafril berkata beliau amat optimis kita akan mencapai unjuran KDNK antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam lingkungan 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Saya amat optimis kita akan mencapai unjuran KDNK antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus," katanya dalam wawancara dengan stesen penyiaran CNBC, pagi ini.
Tengku Zafrul berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka meningkat pada suku ketiga 2022, meneruskan momentum positif ekonomi dalam separuh pertama tahun ini, dipacu oleh penggunaan swasta berikutan pembukaan semula aktiviti ekonomi di negara ini.
KDNK Malaysia berkembang kukuh pada 8.9 peratus pada suku kedua 2022, didorong oleh peningkatan ketara perdagangan luar dengan nilai eksport dan import mencecah paras tinggi pada Jun lepas.
Bagaimanapun, prospek ekonomi negara bagi tempoh memasuki 2023 dijangka mencabar berikutan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global, pertumbuhan China yang tidak menentu serta dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang agresif.
"Malah, pihak Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia telah menyemak semula unjuran pertumbuhan global masing-masing berikutan konflik Ukraine-Rusia.
"China yang juga rakan dagang terbesar Malaysia turut melaksanakan dasar sifar COVID-19 yang konservatif dan ini telah menjejaskan rantaian bekalan di antara kedua-dua negara," katanya.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata defisit belanjawan Malaysia dijangka kekal pada 6.0 peratus pada 2022 dengab nisbah hutang-kepada-KDNK ketika ini pada paras 60 peratus, lebih rendah daripada had sebanyak 65 peratus.
"Kita perlu berpegang kepada defisit 6.0 peratus itu. Kita juga perlu memastikan bahawa hasil adalah sejajar dengan belanjawan atau sekurang-kurangnya sepadan dengan apa yang perlu dilaksanakan untuk menampung peningkatan perbelanjaan akibat subsidi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Malaysia
#CNBC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan