awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal berada di kedudukan ekonomi kukuh - Ong

Bernama
Bernama
20/04/2017
07:32 MYT
Malaysia kekal berada di kedudukan ekonomi kukuh - Ong
Ong berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia akan terus membantu dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur berkembang. Gambar fail
Malaysia kekal berada di kedudukan ekonomi kukuh dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada antara empat dan lima peratus tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Beliau berkata, pertumbuhan negara secara mampan akan disokong oleh pengunaan domestik yang kukuh, paras rizab luaran yang stabil, inflasi rendah dan dasar monetari yang sesuai.
"Walaupun cabaran ekonomi global menyebabkan persekitaran sukar, kita kekal kukuh dalam mewujudkan persekitaran mesra perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan produk bearing baharu untuk industri pemprosesan minyak sawit dan pengumuman perluasan kilang oleh SKF Malaysia di sini, hari ini.
Ong berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia akan terus membantu dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur berkembang.
Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SKF Group, Alrik Danielson, Pengarah Urusan SKF Malaysia, Anders Fogelberg serta Duta Sweden di Malaysia, Dag Juhlin-Danfelt.
Sementara itu, semasa sidang media, Ong berkata, Malaysia akan menyertai sebanyak mungkin perdagangan bebas untuk membolehkan negara membuka pasaran bukan hanya untuk pelabur tempatan malah pelaburan antarabangsa. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#Ong Ka Chuan
#perdagangan bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan