KUALA LUMPUR: Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Negara ini adalah contoh bagi ekonomi halal dan berjaya menempatkan dirinya sebagai penggerak utama ekonomi halal global, katanya sambil menambah berdasarkan Skor Penunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI), Malaysia telah berada di kedudukan nombor satu selama sembilan tahun berturut-turut.
Ekonomi halal menyumbang kira-kira 7.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, kata Mustapa pada Forum Perniagaan Muslim Global 2022 yang diadakan secara maya hari ini.
Beliau berkata negara kini menerajui kewangan Islam, makanan halal, pelancongan mesra Islam dan dan sektor-sektor media dan rekreasi.
"Komponen terbesar ekonomi halal ialah sektor makanan, menyumbangkan kira-kira US$31 bilion (US$1=RM4.72).
"Malaysia adalah perintis dalam kewangan Islam dan industri itu cukup maju dan dikawal dengan baik di negara kita. Kita adalah antara lima negara teratas dengan aset kewangan Islam terbesar dengan lebih US$619.7 bilion pada 2021," kata menteri itu.
Malaysia terus mendahului dengan inovasi, tambahnya sambil menyatakan pada tahun lepas, negara ini menerbitkan nota komersial berkaitan kemampanan kewangan Islam berdenominasi dolar AS yang pertama di dunia.
"Begitu juga pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf di peringkat global. Cop keaslian halal Malaysia membantu mengelakkan 'pencucian wang kotor" dan membina kepercayaan, terutamanya dalam perdagangan antarabangsa," katanya.
Menurut Mustapa, kerajaan juga terus menekankan kepentingan ekonomi halal.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, beliau berkata strategi utama ialah meletakkan Malaysia sebagai hab global dengan merancakkan pembangunan bakat halal, memperkenalkan pengiktirafan profesional halal, merangsang pembangunan industri dan meningkatkan daya saing produk.
Sasarannya adalah untuk melonjakkan sumbangan ekonomi halal daripada KDNK kepada 8.1 peratus dan menjana lebih US$12 bilion hasil eksport menjelang 2025, katanya.
Menyentuh tema forum "Kebangkitan Ekonomi Islam Global: Memfokuskan Semula, Menetapkan Semula dan Pulih Dalam Era Pascapandemik" (The Rise of the Global Islamic Economy: Refocusing, Resetting and Recovering in the Post-Pandemic Era), Mustapa berkata ia konsisten dengan potensi perniagaan yang besar bagi 1.9 bilion pengguna Islam di seluruh dunia.
Perbelanjaan masyarakat Muslim seluruh dunia mencecah US$2 trilion pada 2021 merangkumi pelbagai sektor seperti makanan, fesyen dan kewangan selain US$3.6 trilion aset kewangan Islam seperti sukuk dan bon Islam.
Memetik Laporan Keadaan Ekonomi Islam Global terkini oleh DinarStandard, beliau berkata tahap perbelanjaan pengguna untuk semua sektor ekonomi Islam global, kecuali untuk perjalanan telah kembali ke tahap sebelum pandemik setakat akhir tahun lepas.
"Prospek untuk ekonomi Islam global adalah baik. Permintaan untuk barangan dan perkhidmatan halal dijangka meningkat dengan unjuran perbelanjaan global mencecah US$2.8 trilion menjelang 2025.
"Penduduk Islam global mencecah 1.9 bilion pada 2019 dan diunjur berkembang dua kali lebih pantas berbanding keseluruhan populasi dunia. Akan ada sekurang-kurangnya tiga bilion umat Islam menjelang 2060, yang akan mewakili satu pertiga daripada populasi global, menurut Pusat Penyelidikan Pew," katanya.
Mustapa turut menekankan peranan penting kesalinghubungan digital dalam dunia Islam.
Memetik data penyelidikan Newzoo, beliau berkata 15 daripada 50 negara yang mempunyai kadar penembusan telefon pintar tertinggi adalah dari Pertubuhan Kerjasama Islam; justeru permintaan untuk produk digital mesra Muslim - daripada kewangan Islam hinggalah kepada produk gaya hidup, akan berkembang.
"Perniagaan dan pelabur mesti menyedari potensi besar dalam ekonomi Islam global. Terdapat peralihan yang jelas ke arah barangan dan perkhidmatan mesra Muslim, disokong oleh konsep halal dalam dunia Islam dan melangkauinya," tambah Mustapa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Menurut Mustapa, Malaysia kini menerajui kewangan Islam, makanan halal, pelancongan mesra Islam dan dan sektor-sektor media dan rekreasi. - Fail/BERNAMA

Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry
Sabah diiktiraf PBB dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.

Empat staf perubatan disyaki terima rasuah tawar kerja urus mayat
Tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima suapan tersebut kira-kira RM100 hingga RM600.

Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh
Laluan itu perlu ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.

Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.

Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.

Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.

Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.

Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Impak penyusutan ringgit kepada bayaran hutang langsung kerajaan adalah kecil
Mustapa berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan.

Tanpa subsidi kerajaan, inflasi negara boleh cecah 10.6 peratus pada Ogos 2022 - Mustapa
Malaysia yang juga sebagai sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias cabaran ekonomi global.

Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa bantu ringankan beban pelajar IPT - Mustapa
JMKM Siswa merupakan projek rintis bagi membantu mengurangkan beban ditanggung siswa, dan akan diperluaskan ke IPTA lain selepas ini.