KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat telah menandatangani kenyataan bersama yang menyentuh mengenai kepentingan untuk meningkatkan kerjasama masa hadapan dalam aspek yang berkaitan dengan pemampanan perdagangan, pelaburan, fasilitasi industri dan hubungan dan kerjasama teknikal.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kedua-dua negara bersetuju untuk berkolaborasi dalam bidang seperti produk pengawalan perubahan iklim, perdagangan digital, peranti perubatan dan elektrik dan elektronik.
"Selanjutnya, kedua-dua negara bersetuju untuk saling berkolaborasi dengan rakan kongsi industri untuk meningkatkan kerjasama dalam ketelusan, keselamatan dan daya tahan rantaian bekalan semikonduktor," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat meja bulat semikonduktor bersama-sama dengan Setiausaha Perdagangan AS Gina Raimondo bersempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia hari ini.
Azmin berkata pada sesi meja bulat itu, syarikat-syarikat semikonduktor terkemuka yang mengambil bahagian telah menyatakan pandangan yang tertumpu kepada tiga bidang utama iaitu kesan COVID-19 ke atas rantaian bekalan global; kesan pandemik terhadap syarikat semikonduktor Malaysia di peringkat domestik dan serantau; dan langkah ke hadapan untuk Malaysia meningkatkan daya tahannya dalam rantaian bekalan global serta peranan AS dalam memperkukuh usaha ini.
Mengenai lawatan rasmi Raimondo ke Malaysia, Azmin berkata ia memperlihatkan hubungan ekonomi Malaysia-AS yang utuh serta hubungan dua hala yang dinamik di antara kedua-dua negara yang telah dibina sejak beberapa dekad yang lalu.
"Lawatan ini adalah signifikan kerana merupakan lawatan pertama oleh Pegawai Kanan Kabinet di bawah pentadbiran Biden-Harris yang telah meletakkan fokus yang kuat ke atas polisi ekonomi asing yang berpaksi kepada prinsip berteraskan peraturan dalam sistem perdagangan pelbagai hala," katanya.
Beliau menambah lawatan sulung Raimondo ini dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyaksikan mereka berkongsi pandangan mengenai pelbagai perkara termasuk pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi.
"Susulan kepada kunjungan hormat itu, Raimondo dan saya telah mengadakan mesyuarat dua hala yang melibatkan perbincangan mengenai pembangunan kerjasama dalam bidang-bidang baharu termasuk ekonomi digital dan teknologi hijau.
"Dalam hal ini, kami berbincang tentang langkah terbaik bagi AS dan Malaysia untuk meningkatkan usahasama dalam inisiatif penyahkarbonan dan langkah-langkah dalam aspek kelestarian," katanya.
Azmin berkata kedua-dua pihak bersependapat bahawa rintangan COVID-19 telah menyebabkan kerumitan dan melemahkan rantaian bekalan global sehingga memerlukan usaha yang lebih kukuh dalam membina daya tahan rantaian bekalan.
Justeru, beliau berkata perbincangan itu turut menyentuh tentang kekurangan cip global dan kepentingan kesalinghubungan dalam kepelbagaian ekonomi.
"Malaysia dan AS bersetuju bahawa kedua-dua negara perlu meningkatkan kerjasama ekonomi secara menyeluruh berikutan kepentingan Malaysia dan AS dalam rantaian bekalan global bagi sektor ini," kata beliau.
Berkenaan dengan langkah-langkah mendepani pandemik, beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju bahawa kerjasama global adalah kunci untuk memastikan ekonomi kekal di landasan yang betul dan bebas daripada krisis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Azmin berkata kedua-dua negara bersetuju untuk berkolaborasi dalam bidang seperti produk pengawalan perubahan iklim, perdagangan digital, peranti perubatan dan elektrik dan elektronik. - Gambar/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).