awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Perancis perkukuh kerjasama ekonomi melalui pertukaran empat MoU

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/09/2025
23:30 MYT
Malaysia, Perancis perkukuh kerjasama ekonomi melalui pertukaran empat MoU
Tengku Zafrul ketika menerima lawatan delegasi 26 syarikat Perancis dari pelbagai industri, termasuk E&E, Aeroangkasa dan IT. - Foto Facebook/Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Malaysia terus memperkukuh hubungan ekonomi dua hala dengan Perancis apabila empat Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara entiti dari kedua-dua negara, hasil lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Paris pada Julai lalu.

Ringkasan AI
  • Pemeterian MoU Malaysia-Perancis: Empat Memorandum Persefahaman dimeterai hasil lawatan rasmi Perdana Menteri ke Paris, memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala dalam sektor strategik seperti E&E, aeroangkasa dan IT.
  • Potensi Pelaburan dan Eksport: Lawatan delegasi Malaysia membuka potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan eksport RM675 juta, khususnya dalam sektor berimpak tinggi termasuk automotif, farmaseutikal dan industri halal.
  • Manfaat kepada Ekonomi Tempatan: Kerjasama ini dijangka memperluas peluang kepada PMKS tempatan dan mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi, disokong oleh ekosistem pelaburan Malaysia yang stabil dan mesra pelabur.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau menerima kunjungan delegasi terdiri daripada 26 syarikat Perancis yang mewakili pelbagai sektor strategik termasuk elektrik dan elektronik (E&E), aeroangkasa serta teknologi maklumat (IT) pada Rabu.
“Pertukaran empat MoU ini mencerminkan komitmen kukuh syarikat Perancis untuk terus melabur dan bekerjasama dengan Malaysia. Syabas kepada semua pihak yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan di media sosial pada Rabu.
Menurut beliau, Malaysia kekal komited untuk menjadi hab serantau ASEAN dengan ekosistem pelaburan yang kondusif bagi pelabur global.
“Kita yakin banyak lagi peluang boleh diterokai bersama untuk memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Perancis ke tahap lebih tinggi. Ayuh, kita teruskan usaha ini,” katanya.
Menerusi kenyataan media pada Julai lalu, MITI berkata lawatan delegasi Malaysia ke Paris turut menyaksikan potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport sebanyak RM675 juta, khususnya dalam sektor berimpak tinggi seperti aeroangkasa, automotif, farmaseutikal, gaya hidup dan industri halal.
MITI menjelaskan bahawa ekosistem pelaburan Malaysia yang stabil, dinamik dan mesra pelabur menjadi faktor utama tarikan pelabur asing, selain tenaga kerja berkemahiran tinggi dan rantaian bekalan domestik yang efisien.
Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan serta mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#MoU
#Zafrul Abdul Aziz
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan