Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberi klausa pilih keluar dalam satu surat sampingan kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Ketua Pakar Ekonomi Asian Development
Bank, Jayant Menon.
"Ini sebenarnya membolehkan Malaysia menarik diri daripada TPPA walaupun tanpa cuba untuk meratifikasikannya di Parlimen. Tiada negara yang terlibat TPPA lain boleh melakukannya.
"Bagaimana Malaysia mampu memperolehnya, saya tidak tahu tetapi, saya fikir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed merupakan seorang perunding yang hebat," katanya pada Forum Ekonomi ASEAN di sini, Jumaat.
Beliau berkata Malaysia mungkin negara paling berjaya dalam memperoleh pengecualian dalam banyak aspek sensitif, termasuk perkara seperti perolehan kerajaan, pembaharuan perusahaan negara atau syarikat berkaitan kerajaan dan perlindungan dalam sesetengah bidang pembaharuan harta intelek.
"Dengan begitu banyak pengecualian, kemungkinan tiada masalah untuk Malaysia menyertai TPPA akhirnya," katanya.
Bagaimanapun Jayant berpendapat, TPPA itu sendiri mungkin tidak menjadi realiti jika ia tidak diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.
"Tiada jaminan ia akan direalisasikan. Republikan perlu disokong dalam jumlah yang besar memandangkan Demokrat telah menentangnya.
"Politik memainkan peranan besar ketika ini. Tiada jaminan TPPA akan mudah diluluskan Kongres. Kita hanya perlu tunggu dan lihat," katanya.
Jayant berucap sebagai anggota panel pada forum itu mengenai struktur perdagangan serantau yang semakin berkembang dan reaksi pasaran terhadapnya.
Mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), beliau bersetuju dengan Deklarasi Kuala Lumpur yang menyatakan ia bukan satu destinasi namun satu perjalanan, dan jangkaan yang adil terhadap penyempurnaan pelaksanaan AEC sepatutnya pada 2025.
Beliau berkata berdasarkan kajian terbaru, lebih banyak aktiviti dan program kesedaran mengenai AEC perlu dijalankan untuk meningkatkan profilnya.
Mengenai tonggak keempat AEC iaitu penyepaduan ke dalam ekonomi global, Jayant berkata ia menjadi bidang kejayaan ASEAN.
"ASEAN mampu menggunakan fahaman serantau untuk benar-benar mempromosi globalisasi.
"ASEAN sentiasa membuka pintunya. Perdagangan dalam negara ASEAN kian berkembang malah akan lebih berkembang dengan AEC," katanya.
Bernama
Fri Jan 08 2016
JAYANT: "Bagaimana Malaysia mampu memperolehnya, saya tidak tahu tetapi, saya fikir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) merupakan seorang perunding yang hebat." - Gambar fail
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM TIBA di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
GLC halang perkembangan ekonomi Malaysia?
Tan Sri Abdul Wahid Omar menyangkal tuduhan Jayant Menon yang mengulas tentang kesan buruk GLC yang menjejaskan situasi korporat Malaysia.
Malaysia satu-satunya negara diberi kuasa pilihan keluar dalam TTPA
Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberi klausa pilih keluar dalam satu surat sampingan kepada TPPA, kata Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank, Jayant Menon.