awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia wujudkan pakatan pelabuhan dengan China - Liow

Bernama
Bernama
26/09/2015
14:09 MYT
Malaysia sedia wujudkan pakatan pelabuhan dengan China - Liow
LIOW: China juga telah banyak menyokong Malaysia dalam membangunkan pelabuhannya, termasuk Pelabuhan Kuantan di mana pelabur negara itu memiliki 40 peratus ekuiti. - Gambar Fail
Pelabuhan di Malaysia sedia mewujudkan pakatan dengan pelabuhan di China bagi mengukuhkan aktiviti perdagangan di antara kedua-dua negara.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pakatan itu juga penting bagi menyokong usaha China melaksanakan inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dalam menyuburkan aktiviti perdagangan di rantau ini.
"Malaysia mempunyai banyak pelabuhan antarabangsa seperti Pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas, Bintulu dan Kuantan yang kita boleh diuruskan menjadi satu pakatan dengan pelabuhan di China.
"Melalui konsep ini ia akan mengurangkan karenah birokrasi dan seterusnya dapat meningkatkan daya saing kita," kata Presiden MCA itu selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor di sini, Sabtu.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga Timbalan Presiden MCA turut hadir.
Liow juga mengajak negara lain di ASEAN mewujudkan pakatan pelabuhan dengan China bagi melonjakkan aktiviti perdagangan dengan republik berkenaan.
Menurutnya, China juga telah banyak menyokong Malaysia dalam membangunkan pelabuhannya, termasuk Pelabuhan Kuantan di mana pelabur negara itu memiliki 40 peratus ekuiti.
Selain itu, katanya, China juga memberi sokongan dalam usaha Melaka membangunkan pelabuhan pelancongan di Melaka Gateway.
"Memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Melaka dan wilayah Guangdong di China juga merupakan komitmen China dalam meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua," katanya.
Topic Berkaitan
#Bintulu
#China
#Kuantan
#Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21
#Liow Tiong Lai
#Pelabuhan Klang
#Tanjung Pelepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan