KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2023 meningkat lima anak tangga di kedudukan ke-27 berbanding ke-32 pada tahun lalu.
Penambahbaikan kedudukan itu merupakan pengiktirafan terhadap usaha keseluruhan Kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan asas ekonomi, dasar dan inisiatif dalam meletakkan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan, perniagaan serta perdagangan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kedudukan tersebut menunjukkan Malaysia mencatatkan peningkatan dalam keempat-empat faktor daya saing, terhadap kesan pandemik, ketidaktentuan dan krisis ekonomi global, serta pelbagai cabaran domestik.
“Kami berbesar hati maklum bahawa Malaysia telah meningkat kepada tempat ke-27 dalam Indeks Daya Saing Dunia. Bagi MITI, apa yang penting ialah bagaimana kita boleh menambah baik lagi.
"Walaupun Malaysia menunjukkan prestasi yang baik dari segi harga, infrastruktur asas dan dasar cukai, kita mesti bersungguh-sungguh menangani isu-isu seperti pembangunan bakat tenaga kerja sedia industri; minda yang mengutamakan digital untuk sektor; pembaharuan kawal selia untuk kemudahan menjalankan perniagaan di peringkat nasional dan sub-nasional; serta mengejar pembangunan mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, kedudukan WCR Malaysia dalam sub-faktor perundangan perniagaan meningkat daripada 50 pada 2022 kepada 45 pada 2023.
Zafrul menambah, MITI percaya usaha untuk meningkatkan daya saing global Malaysia mesti bergantung kepada pendekatan 'seluruh negara' dalam memuktamadkan dan melaksanakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Katanya, ia berdasarkan strategi awam-swasta bersepadu yang memperkasakan semua pihak kepentingan utama seperti pelabur, perniagaan, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan rakyat, dengan mengambil kira prinsip kemampanan dan keterangkuman yang menyeluruh.
Laporan WCR Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) adalah berdasarkan 336 kriteria daya saing yang dikategorikan kepada empat faktor: Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur.
Laporan yang meliputi 64 ekonomi itu, antaranya memperincikan arah aliran daya saing negara berdasarkan prestasi keseluruhan, cabaran pada tahun tinjauan, fakta asas, landskap daya saing dan kedudukan kumpulan sebaya.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 20 2023
Kedudukan tersebut menunjukkan Malaysia mencatatkan peningkatan dalam keempat-empat faktor daya saing, terhadap kesan pandemik, ketidaktentuan dan krisis ekonomi global, serta pelbagai cabaran domestik. - Gambar fail
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Malaysia tempat ke-27 ranking daya saing dunia IMD 2023
Malaysia naik lima anak tangga kepada kedudukan ke-27 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia, menurut laporan Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) 2023.
MITI akan terus perkukuh daya saing negara, pacu prestasi dagangan - Azmin
MITI akan terus memperkukuh daya saing negara dengan memajukan aspek kerumitan ekonomi serta memupuk ekosistem perindustrian yang mantap dengan meningkatkan inovasi.