awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terus ambil langkah proaktif pastikan kepentingan ekonomi, perdagangan kekal kukuh

Bernama
Bernama
18/02/2025
04:00 MYT
Malaysia terus ambil langkah proaktif pastikan kepentingan ekonomi, perdagangan kekal kukuh
Malaysia akan memastikan hubungan dengan kuasa besar lain tetap seimbang dan pragmatik, tanpa memihak kepada mana-mana pihak. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh di persada antarabangsa, menurut Kementerian Luar.
Kementerian itu menjelaskan langkah tersebut termasuk memperkukuh hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan dialog berterusan yang membolehkan penyelesaian isu perdagangan, meliputi potensi kenaikan tarif, dilakukan secara terbuka dan konstruktif untuk melindungi kepentingan negara serta menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi.
"Malaysia juga akan mengambil langkah strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama dengan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk meneroka peluang kerjasama baharu yang dapat meningkatkan lagi perdagangan dua hala demi manfaat bersama," tambah kementerian itu menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Kementerian itu memaklumkan Malaysia akan memastikan hubungan dengan kuasa besar lain tetap seimbang dan pragmatik, tanpa memihak kepada mana-mana pihak, demi melindungi kepentingan ekonomi dan kedaulatan negara.
Jawapan itu bagi menjawab pertanyaan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) bertarikh 17 Februari mengenai strategi kerajaan untuk mengemudi Presiden Trump "Zero-Sum Politics" sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Kementerian itu menambah, AS merupakan antara rakan strategik utama bagi Malaysia, berperanan sebagai rakan dagang ketiga terbesar dan penyumbang utama pelaburan langsung asing dalam pelbagai sektor.
Bagi tempoh Januari hingga November 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan AS meningkat sebanyak 29.5 peratus kepada RM293.92 bilion (US$64.44 bilion) daripada RM226.96 bilion (US$49.82 bilion) untuk tempoh yang sama pada 2023, menurutnya.
Dalam pada itu, Kementerian Luar menjelaskan ASEAN menghargai hubungan dengan semua rakan dialognya, termasuk AS.
"Sehubungan ini, ASEAN akan meneruskan kerjasama dengan semua rakan dialognya dalam usaha membangunkan dan memperkasakan Komuniti ASEAN serta memastikan rantau Asia Tenggara kekal aman dan stabil," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi malaysia
#Kementerian Luar
#pelaburan langsung asing
#perdagangan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan