Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menolak tanggapan bahawa kerajaan terdesak untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA),
Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk menandatangani perjanjian tersebut seperti yang didakwa.
“Kita berunding secara sukarela… tiada tekanan daripada mana-mana pihak. Sehingga kini perjanjian tersebut masih belum muktamad dan masih dalam peringkat rundingan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen BN-Putatan, Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh yang meminta menteri menjelaskan sama ada kerajaan terdesak untuk menandatangani perjanjian TPPA, serta manfaat yang boleh diperolehi oleh perjanjian tersebut dan kesannya jika tidak menyertainya.
Tegas Mustapa, kerajaan tidak akan berkompromi ke atas isu-isu berkaitan kepentingan Bumiputera serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rundingan itu.
Jelasnya, kerajaan akan memastikan serta menjamin isu sensitif negara dikecualikan dalam perjanjian TPP, termasuk kepentingan Bumiputera dan PKS.
Beliau juga memberitahu, bahawa negara sedang menjalankan dua analisis kos faedah berhubung kesan perjanjian itu kepada Bumiputera dan PKS, serta kepentingan nasional.
Sementara itu, Mustapa turut meminta badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah TPPA agar menghentikan siri jelajah Bantah TPPA.
Beliau juga meminta mereka untuk tidak meneruskan agenda mengadakan demonstrasi membantah TPPA semasa kehadiran Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama pada 11 Oktober depan.
Pihak polis bagaimanapun masih belum menerima apa-apa maklumat mengenai bantahan yang kononnya dirancang untuk diadakan oleh kumpulan tertentu sempena lawatan itu.
Bercakap kepada Astro Awani, Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohmad Salleh berkata polis tidak menerima apa-apa maklumat mengenai perkara ini, namun akan bertindak jika mendengar maklumat mengenainya.
Pada Selasa minggu lepas, sebuah badan bukan kerajaan pro-pembangkang Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bertindak membakar sebuah patung replika seakan Obama bersama sehelai bendera Amerika Syarikat dalam satu tunjuk perasaan yang diadakan di Taman Melati, Wangsa Maju.
SAMM berkata tindakan itu diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada bantahan yang lebih besar bagi 'menyambut' pemimpin Amerika itu.
Kerajaan, bagaimanapun menafikan kedatangan Obama ke Malaysia Oktober ini adalah untuk menandatangani TPPA.
Haider Yutim
Tue Sep 24 2013
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS
Obama berkata beliau dan isteri, Michelle menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam perlumbaan presiden November ini.
Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris
Obama berkata, Biden merupakan salah seorang Presiden Amerika yang paling penting serta menjadi kawan dan rakan kongsi yang dikasihi.
Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.
Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.
Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.