awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi

Bernama
Bernama
08/09/2022
06:11 MYT
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Potret presiden AS ke-45 itu hasil karya Robert McCurdy yang memperlihatkan Obama segak mengenakan sepasang sut hitam, berkemeja putih dan bertali leher kelabu. - AP
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.
Potret presiden AS ke-45 itu hasil karya Robert McCurdy yang memperlihatkan Obama segak mengenakan sepasang sut hitam, berkemeja putih dan bertali leher kelabu, lapor Agensi Anadolu.
Sebelum ini McCurdy penah menghasilkan potret tokoh terkenal termasuk Toni Morrison, Dalai Lama, Nelson Mandela dan Muhammad Ali.
"Apa yang saya suka tentang hasil kerja Roberts ialah dia melukis subjek seadanya.
"Dia akan melukis mirip wajah sebenar. Anda akan dapat lihat dia tidak menyembunyikan walau sehelai uban saya dan menolak permintaan saya untuk mengecilkan telinga saya. Karyanya sangat sempurna...seolah seakan anda bersemuka dengannya. Dan itu menarik perhatian saya," kata Obama.
Sementara itu, potret Michelle Obama berpakaian gaun biru sambil duduk di atas sofa kelihatan sungguh elegan yang dilukis oleh Sharon Sprung.
"Agak janggal untuk saya berdiri di ruang bersejarah ini. Melihat potret besar yang cantik ini merenung saya.
"Namun, detik seperti ini penting. Mengapa semua ini amat diperlukan. Tradisi seperti ini, bukan hanya untuk individu yang memegang jawatan ini, tetapi untuk semua orang yang mengambil bahagian dan turut sama menyaksikan demokrasi kita," kata Michelle.
Acara itu ialah tradisi yang menjadi amalan selama ini apabila presiden yang masih berkhidmat menjadi tuan rumah kepada bekas presiden sebelum ini tetapi bekas Presiden Donald Trump, tidak meneruskan tradisi berkenaan.
Namun, Presiden Joe Biden telah menganjurkan acara itu buat Obama pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#Michelle Obama
#White House
#potret rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan