awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan

Agensi
Agensi
23/08/2023
22:15 MYT
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Mayat Campbell dijumpai 30 meter dari pantai dan 2.4 meter di bawah permukaan air selepas pencarian selama dua hari di tasik Edgartown Great, dalam komuniti resort Martha's Vineyard, Massachusetts, pada 23 Julai lalu. - Foto media sosial
KEMATIAN tukang masak peribadi bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Tafari Campbell, di sebuah tasik di dalam komuniti resort Massachusetts, Martha’s Vineyard, disahkan sebagai satu kemalangan.
Jurucakap Pejabat Eksekutif Keselamatan Awam Massachusetts, Timothy McGuirk, memaklumkan pada Selasa malam, punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas.
Terdahulu, mayat Campbell ditemui di tasik Edgartown Great pada 23 Julai selepas Polis Massachusetts mengesahkannya sebagai pendayung yang dilihat mengalami masalah di tasik berdekatan rumah percutian Obama itu.
Kematian Campbell yang berusia 45 tahun menjadi tumpuan ramai selepas proses pencarian selama dua hari berakhir apabila mayatnya dijumpai kira-kira 30 meter dari pantai dan 2.4 meter di bawah permukaan air.
Polis memaklumkan, ketika kejadian, keluarga Obama tiada di rumah.
Campbell bekerja di White House sebelum menyambung perkhidmatan bersama keluarga Obama selepas Presiden ke-44 itu meninggalkan Oval Office pada 2016.
Mendiang yang menetap di Dumfries, Virginia, meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#lemas
#Tafari Campbell
#tukang masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan