awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Jepun meterai MoU dalam sektor pertanian libatkan pelaburan lebih RM25 juta

Bernama
Bernama
02/06/2025
14:30 MYT
Malaysia-Jepun meterai MoU dalam sektor pertanian libatkan pelaburan lebih RM25 juta
Malaysia terus meningkatkan kerjasama dengan Jepun dalam sektor pertanian menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara beberapa syarikat dari kedua-dua negara di Ekspo 2025 Osaka hari ini. - Foto Facebook Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Malaysia terus meningkatkan kerjasama dengan Jepun dalam sektor pertanian menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara beberapa syarikat dari kedua-dua negara di Ekspo 2025 Osaka hari ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi hantaran Facebook berkata MoU yang bakal melibatkan pelaburan lebih AS$6 juta (RM25.5 juta) itu bukan hanya mampu menjana ekonomi malah memperkukuh daya tahan sistem makanan negara.
"Pertanian bukan kerja orang kampung semata. Ia adalah masa depan negara.
"Ayuh kita terus berganding bahu baik kerajaan, swasta, petani dan rakyat ke arah Malaysia MADANI yang berdaya tahan, berinovasi dan berkat," katanya.
Menurut Mohamad beliau turut diberi peluang untuk melancarkan Minggu Pertanian Lestari di Pavilion Malaysia sempena ekspo itu.
Beliau berkata Malaysia tampil di ekspo berkenan dengan membawa semangat besar bahawa pertanian lestari bukan sekadar pilihan tetapi satu keperluan.
"Kita bayangkan, kalau suatu hari nanti petani hilang kerja, tanah pertanian dibiarkan, makanan jadi makin sukar didapati, itulah amaran masa depan yang sedang menghampiri jika kita tidak bertindak sekarang," katanya.
Mohamad berkata Malaysia kini bergerak dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk memodenkan pertanian menggunakan teknologi seperti dron, Internet benda (IoT) dan sistem pintar dari ladang ke bandar.
"Bahkan, Tongkat Ali pun kita naikkan nilai tambahnya jadi produk kesihatan premium," katanya.
Penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2025 Osaka diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan disokong menerusi pendekatan kerajaan secara menyeluruh melibatkan 21 kementerian dan 70 agensi.
Ia memfokuskan kepada tujuh sektor strategik iaitu pertanian lestari, tenaga boleh baharu (TBB), kehidupan pintar, pembuatan hijau, reformasi industri, pengurusan alam sekitar dan industri halal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MoU
#Malaysia
#Jepun
#pertanian
#Ekspo 2025 Osaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan