awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malindo Air pindah operasi ke KLIA mulai 15 Mac ini

Bernama
Bernama
13/02/2016
00:00 MYT
Malindo Air pindah operasi ke KLIA mulai 15 Mac ini
Syarikat penerbangan Malindo Air akan memindahkan operasinya ke terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari klia2, bermula 15 Mac ini.
Syarikat penerbangan Malindo Air akan memindahkan operasinya ke terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari klia2, bermula 15 Mac ini.
Serentak itu, kesemua penerbangannya dari dan ke Kuala Lumpur akan menggunakan terminal utama KLIA bermula pada tarikh tersebut, kata Malindo Air dalam satu kenyataan, Jumaat.
"Oleh itu, kami menggesa semua penumpang berkaitan untuk membuat persediaan sewajarnya iaitu dari segi urusan pengangkutan dan tempat menunggu bersesuaian.
"Bagaimanapun, operasi pesawat ATR72-600 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS - Subang Skypark), tidak akan terjejas berikutan langkah pemindahan ini," kata kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata Malindo Air sememangnya mengalu-alukan langkah pemindahan operasi berkenaan.
"Kami berharap dapat terus memberi sumbangan positif kepada industri penerbangan dan pelancongan serta memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, Datuk Badlisham Ghazali menyifatkan model perniagaan Malindo Air telah berkembang daripada hibrid kepada perkhidmatan penerbangan sepenuhnya dan banyak perkhidmatan premium disediakan di terminal utama KLIA.
"Malaysia Airports amat berbesar hati dapat memberi kemudahan bagi memenuhi keperluan perniagaan Malindo Air," katanya.
Topic Berkaitan
#KLIA
#Malindo Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan