Malaysia Airlines (MAS) tidak dapat pulih jika syarikat penerbangan nasional itu terus mempunyai jumlah tenaga kerja yang lebih daripada dikehendaki, menurut ketua badan pemikir tempatan.
Datuk Dr Chin Yew Sin, Presiden Pusat Penyelidikan Strategi Antarabangsa, menyambut baik langkah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar yang mengambil pendirian tegas dalam mengurangkan 6,000 pekerjaan sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan 12 perkara syarikat penerbangan tersebut.
"Pelan pemulihan itu menyediakan saiz tenaga kerja yang lebih sesuai seramai 14,000 orang.
"Kali ini, ia bukan lagi penstrukturan semula kewangan seperti yang ia laksanakan sebelum ini.
"Ini merupakan penstrukturan semula yang menyeluruh dan komprehensif untuk menghentikan syarikat penerbangan tersebut daripada kehilangan tunai," kata Dr Chin.
"Ini adalah peluang terakhir MAS selepas tiga langkah penstrukturan semula. Laluan antarabangsa kini dikurangkan.
"Lebih banyak laluan antarabangsa dijangka dikeluarkan berikutan MAS memberi tumpuan kepada laluan serantau dan perubahan struktur lain akan dilaksanakan ke arah laluan domestik dan serantau yang lebih menguntungkan," katanya.
Beliau berkata langkah mengurangkan laluan antarabangsa itu tidak akan menghalang MAS daripada mempunyai kedudukan di peringkat antarabangsa berikutan MAS adalah sebahagian daripada Perikatan OneWorld.
"MAS Baharu tidak boleh menjadi MAS Lama, ia memerlukan struktur dan perubahan dalam budaya kerjanya.
"Dan yang penting, kunci kepada pemulihan MAS ialah mendapatkan pihak berkepentingan di pihak anda, seperti para pekerja, kesatuan, kerajaan, pembekal dan semua yang berada dalam ekosistem MAS," kata Dr. Chin, yang merupakan ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Kali ini, kerajaan mempunyai keazaman politik untuk memulihkan MAS. Jumlah tenaga kerja perlu dikurangkan dalam usaha menyelamatkan MAS.
"Saya harap kesatuan dalaman akan lebih peka dan memahami keputusan kerajaan untuk menyesuaikan saiz syarikat penerbangan itu berikutan ini merupakan peluang terakhir untuk menyelamatkan MAS."
Dr Chin berkata langkah MAS menamatkan laluan Frankfurt berkuat kuasa 29 Mei ini hanya merupakan permulaan kepada pengurangan beberapa laluan antarabangsa lain termasuk Dubai, Paris, Amsterdam dan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu yang berada di peringkat awal tidak boleh terganggu dengan permintaan daripada 'pihak ketiga'.
Pelan Pemulihan Khazanah, antara lain menyediakan rangka kerja pemudah yang diperlukan bagi proses perubahan, penyahsenaraian MAS, memindahkan operasi ibu pejabatnya dari Subang ke Sepang, Akta MAS telah diluluskan di Parlimen dan kewujudan MAS Baharu untuk menyediakan dan melaksanakan Pelan Pemulihan Perniagaan sendiri yang terperinci.
Khazanah yang memiliki 100 peratus kepentingan dalam MAS, akan menyuntik RM6 bilion ke dalam syarikat penerbangan tersebut dan sebaik bergiat semula, ia dijangka menghasilkan keuntungan pertamanya pada 2017.
MAS ketika ini mempunyai penerbangan ke kira-kira 80 destinasi di seluruh Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.
Keahlian OneWorld menghimpunkan 15 syarikat penerbangan utama dunia, termasuk MAS, dan kira-kira 30 ahli gabungan, memberi perkhidmatan kepada lebih 1,000 destinasi di 155 buah negara dan membawa lebih 510 juta penumpang setahun hampir seribu menaiki penerbangan OneWorld setiap minit, 24 jam sehari.
Ia mengendalikan kira-kira 3,500 pesawat dan menawarkan lebih 14,250 penerbangan sehari - purata satu syarikat penerbangan OneWorld berlepas atau tiba di suatu tempat di seluruh dunia pada setiap tiga saat.
Kemasukan MAS menambah 16 destinasi baharu dalam peta laluan Oneworld, mengukuhkan hubungan perikatan itu antara bandar-bandar perniagaan utama di Asia.
Pusat Penyelidikan Strategi Antarabangsa, merupakan badan pemikir membabitkan penyelidikan budaya, ekonomi dan politik, ditubuhkan pada 16 tahun lalu oleh kumpulan ahli akademik.
Bernama
Mon May 04 2015
MAS tidak dapat pulih jika syarikat penerbangan nasional itu terus mempunyai jumlah tenaga kerja yang lebih daripada dikehendaki.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan
Tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung transaksi syarikat penerbangan MAS.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.