VIJFHUIZEN: Perdana Menteri Belanda Dick Schoof berkata kerjasama antarabangsa amat penting dalam usaha memperjuangkan keadilan untuk 298 mangsa yang terkorban dalam tragedi menyayat hati membabitkkan Penerbangan MH17 Malaysia Airlines, 10 tahun lepas.
"Amat penting bagi negara-negara yang terbabit untuk bersatu. Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) telah digantung namun apabila terdapat maklumat baharu, mereka boleh memulakan tugasan dengan segera. Jadi, kerjasama antarabangsa adalah amat, amat penting," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara memperingati mangsa nahas itu yang ke-10 di Monumen Nasional MH17 di Taman Vijfhuizen berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.
Ditanya sama ada mesej beliau kepada semua mangsa dan ahli keluarga masing-masing ialah mereka tidak harus berputus asa dan berhenti berharap bahawa keadilan pasti ditegakkan suatu hari nanti, Schoof berkata "Mereka tidak akan berputus asa dan terus berusaha... namun tiada sebarang jaminan."
Beliau juga berkata kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Terdahulu, lebih 1,500 ahli keluarga dan rakan mangsa dari seluruh dunia berkumpul di monumen itu untuk memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban.
Turut hadir pada upacara itu ialah Raja Belanda Willem-Alexander.
Ahli keluarga ternyata tidak dapat menahan perasaan sedih ketika membaca nama kesemua mangsa termasuk anak kapal MH17 yang maut selepas pesawat malang itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Senarai nama kru pesawat itu dibacakan oleh Scot Choo iaitu anak lelaki juruterbang MH17 Kapten Eugene Choo yang turut terkorban dalam nahas tersebut.
Sejurus membacakan senarai nama semua anak kapal beliau dengan nada sebak mengucapkan, "Terima kasih atas khidmat anda kepada negara. Kami akan terus merindui kamu."
Kebanyakan penumpang adalah warga Belanda selain dari 17 negara lagi termasuk Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.
Pesawat malang jenis Boeing 777 itu ditembak jatuh sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol dan mengorbankan kesemua 283 penumpang serta 15 anak kapalnya.
Pada 17 Nov 2022, Mahkamah Daerah Hague menjatuhi hukuman penjara seumur hidup secara 'absentia' (tanpa kehadiran) ke atas dua bekas ejen perisik Rusia Igor Girkin dan Sergei Dubinskiy serta pemimpin pemisah Ukraine Leonid Kharchenko selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan nahas MH17 dan membunuh kesemua 298 orang di dalamnya.
Seorang lagi warga Rusia, Oleg Pulatov dibebaskan atas tuduhan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
Schoof berucap ketika upacara memperingati mangsa nahas itu yang ke-10 di Monumen Nasional MH17 di Taman Vijfhuizen. - Foto AP
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu
Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.