awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATRADE, CCB perbaharui perjanjian untuk pacu akses ke China

Bernama
Bernama
05/09/2024
21:45 MYT
MATRADE, CCB perbaharui perjanjian untuk pacu akses ke China
Reezal Merican berkata perjanjian yang diperbaharui itu akan membantu pengeksport Malaysia dalam menerokai pasaran baharu dan mendapatkan pembiayaan yang lebih baik. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah mengukuhkan komitmennya untuk meningkatkan akses pasaran ke China hari ini melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan China Construction Bank Malaysia Bhd (CCB Malaysia).
Pengerusinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perjanjian yang diperbaharui itu akan membantu pengeksport Malaysia dalam menerokai pasaran baharu dan mendapatkan pembiayaan yang lebih baik.
"Rangkaian China Construction Bank yang meluas di China akan memudahkan hubungan perniagaan utama selain menyediakan penyelesaian kewangan yang disesuaikan kepada pengeksport Malaysia.
"Dalam persekitaran ekonomi yang mencabar hari ini, sokongan pembiayaan yang baik adalah penting bagi kejayaan sesebuah perniagaan. Kerjasama rapat kami dengan CCB akan mempromosikan inisiatif serta kemudahan pembiayaan ini kepada syarikat Malaysia, seterusnya memudahkan perdagangan antara Malaysia dan China," katanya semasa ucaptama pada Sesi Pemadanan Perniagaan B2B Malaysia-China Ke-6, yang diadakan sempena Ekspo ASEAN-China ke 21 (CAEXPO) pada Khamis.
Acara yang dianjurkan secara bersama oleh MATRADE, CCB Malaysia, Sekretariat CAEXPO dan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia itu, bertujuan mengukuhkan hubungan perdagangan.
Reezal Merican menekankan bahawa pengalaman luas MATRADE dalam mempromosikan produk termasuk perkhidmatan Malaysia di peringkat global, digabungkan dengan rangkaian meluas CCB Malaysia yang ditubuhkan sejak 2018, menyediakan asas mantap bagi MoU itu dalam melonjakkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
Beliau juga menjelaskan bahawa perkongsian itu adalah selaras dengan strategi MATRADE untuk meningkatkan eksport ke China dan memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Sesi Padanan Perniagaan B2B Malaysia-China Ke-6 menampilkan lebih 291 perusahaan, termasuk 116 syarikat Malaysia serta 175 syarikat China, dengan mengambil bahagian dalam 403 mesyuarat perniagaan melalui platform "Match Plus" CCB.
Acara selama dua hari itu akan merangkumi sektor seperti penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, gaya hidup, makanan dan minuman, hasil pertanian serta perkhidmatan.
Berikutan kejayaan edisi ke-5 pada 2023, yang menyaksikan 140 transaksi perniagaan bernilai RM7.52 bilion (US$1.68 bilion), jangkaan untuk acara tahun ini adalah tinggi kerana ia bertujuan meningkatkan lagi perdagangan dua hala antara Malaysia dan China.
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah RM275.8 bilion (USD58.45 bilion) dari Januari hingga Julai 2024.
Sehingga kini, Malaysia telah mengeksport barangan bernilai RM105.47 bilion (US$22.34 bilion), terutamanya dalam eksport produk elektrik dan elektronik yang semakin bertambah. Import dari China bernilai RM170.34 bilion (US$36.1 bilion), merangkumi produk elektrik dan elektronik, mesin, peralatan, alat ganti, bahan serta produk kimia.
Turut hadir ialah Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Matrade
#CCB Malaysia
#hubungan perniagaan
#penyelesaian kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan